Siti Rukiah Binti Mislan : Usahawan Online Pakaian Muslimah Dan Tudung

28 December 2016 | Berita Terkini

Mempunyai diploma dari Universiti Lim Kok Wing dalam bidang fashion and design, Siti Rukiah Binti Mislan mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan dari atas talian. Anak peneroka felda yang berusia 29 tahun ini merupakan anak tunggal perempuan dari 8 orang adik beradik ini tidak mensia-siakan bakat mereka pakaian beliau, apabila beliau juga menjual hasil rekaan yang beliau cipta melalui jualan online.

Siti Rukiah Mislan atau lebih mesra dikenali sebagai Qaqia, sudah berumahtangga dan dikurniakan 3 oranag cahaya mata. Sebelum ini beliau dan keluarga menetap di Klang Selangor dan kini telah berpindah ke Felda Layang-Layang iaitu kampung halaman beliau sendiri kerana suami beliau juga mendapat tawaran kerja di Johor. Selain mereka pakaian, beliau juga mahir dalam jahitan serta mempunyai bakat dalam solekan dan dandanan. Apabila bercerita mengenai bagaimana beliau boleh aktif dalam perniagaan online ini, beliau menyatakan bahawa setiap hari beliau akan membuka facebook dan melihat pelbagai jenis jualan yang di jual melalui facebook, dari situ terdetik hasrat untuk mencuba perniagaan dari atas talian ini.

Pada mulanya, beliau hanya memuatnaik hasil rekaan yang telah beliau hasilkan dan mendapat maklumbalas yang positif dari rakan-rakan facebook beliau. Beliau mengambil langkah seterusnya apabila mula mengambil beberapa rekaan lain dari pemborong pakaian muslimah dari luar untuk mempelbagaikan jualan di laman facebook beliau. Seterusnya, beliau mula menjual tudung dan juga instant shawl yang mudah menarik dan juga mudah untuk dipakai serta cantik apabila dipakai. Beliau juga menyatakan bahawa perniagaan melaui atas talian ini merupakan satu perniagaan yang mudah kerana kita tidak perlu untuk bersusah payah keluar berjumpa pelanggan dan hanya memuatnaik gambar yang menarik serta bijak meyakinkan para pelanggan. Beliau juga berpendapat bahawa melalui perniagaan online ini beliau dapat membantu suami dalam meningkatkan pendapatan keluarga.

Beliau amat gembira kerana tertubuhnya Pusat Internet 1 Malaysia di Felda Layang-Layang kerana banyak memberi kemudahan kepada penduduk setempat. Sebelum ini beliau hanya menggunakan cara lama yang kurang produktif. Melalui carian internet juga beliau mula mengetahui bahawa khidmat kurier dan poslaju juga dapat dimanfaatkan dalam menyegerakan urusan perniagaan. Beliau juga berharap agar Pusat Internet 1 Malaysia dapat ditubuhkan lebih banyak lagi di seluruh Malaysia. Untuk melihat pelbagai koleksi pakaian dan juga instant shawl yang beliau jual, boleh lawati facebook beliau Siti Rukiah Mislan atau terus hubungi 013-7980664.

                                                                                      Gambar Siti Rukiah Binti Mislan

 

        

   

     

Antara koleksi tudung dan juga pakaian yang beliau jual di facebook.