Bengkel Asas Tatarias Bersama Produk Mary Kay

28 December 2016 | Berita Terkini

Pada 14 Disember 2016, Pusat Internet 1Malaysia Felda Layang-Layang telah mengadakan bengkel asas tatarias bersama produk terkenal iaitu Mary Kay. Seramai 17 peserta telah mengikuti bengkel ini dan rata-rata mereka adalah beliawanis dari Felda Layang-Layang sendiri. Pelbagai produk keluaran dari Mary Kay telah diperkenalkan dan para peserta diberi peluang untuk mencuba semua produk dari Mary Kay. Mereka juga diberi penerangan mengenai kepentingan penjagaan kulit muka dan juga memberitahu beberapa tip untuk mengenali produk kecantikan sama ada asli atau tiruan.

Pada masa kini, majoriti wanita mementingkan kecantikan wajah dan seiring dengan itu, Mary Kay membimbing para peserta bagaimana cara penjagaan wajah dan juga urutan wajah yang betul. Selain daripada berkongsi masalah kulit wajah, para peserta juga didedahkan cara penyelesaian untuk setiap masalah yang mereka hadapi. Pelbagai teknik dan juga pengetahuan baru yang mereka pelajari melalui bengkel ini.

Apa yang paling mereka minati adalah kaedah dan juga teknik asas untuk solekan ringkas dan juga cepat untuk para wanita terutamanya para wanita yang telah bergelar ibu. Sebelum bersurai, pihak Mary Kay juga ada memberi sedikit cenderahati untuk para peserta dan juga pihak Pusat Internet 1Malaysia sendiri.