Mengenai PI1M

MENGENAI KAMI

Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) atau Community Broadband Centre (CBC) Felda Layang-Layang mula beroperasi pada Mei 2010. Dua tahun kemudian ianya dikenali sebagai Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) merupakan sebuah projek kerajaan Malaysia melalui Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) dibawah penyeliaan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).

 

Dikelolakan melalui jalinan kerjasama Celcom Axiata Berhad. NuSuara Technologies Sdn Bhd. serta kakitangannya yang berdedikasi merupakan antara PI1M yang cemerlang dalam memenuhi objektif penubuhannya. Diantaranya termasuklah merapatkan jurang digital kepada penduduk luar bandar, meningkatkan sosio ekonomi penduduk sekitar melalui penyediaan akses teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta program latihan dan pendedahan ICT kepada masyarakat.  Malah, pusat ini termasuk diantara salah satu daripada 12 buah pusat di dalam Felda di Johor yang terpilih untuk bersama-sama merealisasikan projek ini.

 

PI1M Felda Layang-Layang dilengkapi dengan 20 set komputer berinternet untuk kegunaan pengguna, ruang bilik untuk kelas dan latihan, bilik penggunaan Internet yang selesa dan dilengkapi penghawa dingin (Air-Cond), ruang rehat yang selesa dan dilengkapi dengan sebuah televisyen, kemudahan mesin mencetak, mesin laminasi, projektor dan pelbagai servis dokumentasi sampingan turut disediakan. Program WiFi Komuniti turut menjadi pemangkin perubahan dimana ahli yang berdaftar kini dapat menikmati kemudahan internet wayerles dari dalam keselesaan rumah mereka sendiri.

 

Antara perkhidmatan yang disediakan di PI1M ialah:

 

1.    Kelas Latihan Asas Komputer percuma kepada ahli. Terbuka untuk semua peringkat usia

2.    Perkhidmatan penggunaan komputer dengan capaian internet berkelajuan sehingga 5Mbps

3.  Urusan semakan dan permohonan perkhidmatan atas talian bagi jabatan berkaitan kerajaan dan swasta

4.    Alatulis  & kertas - Printing, photostat, scanning & laminating

5.    Upah menaip dokumen, pengecaman aksara optik (OCR),  Penukaran format fail digital, Merekabentuk karya kreatif dll

6.    Salinan media ke cakera optik - CD/DVD

7.    Penyelenggaraan, naik taraf perisian dan perkakasan serta baik pulih peralatan komputer

8.    Kemudahan Wifi Percuma (WiFi Komuniti)

9.    Bantuan khidmat nasihat berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

10.    Sewaan Bilik Mesyuarat yang dilengkapi 'Glass Board' dan 'Interactive Projector'

 

Objektif PI1M

 

Merapatkan jurang digital dikalangan masyarakat & komuniti setempat.

Membantu, mendidik dan memberi  kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mempelajari teknologi  maklumat  & asas penggunaan komputer dan  aplikasi.

 

Pi1M lengkap dengan:

 

1.      20 unit komputer berinternet untuk kegunaan pengguna.

2.      Ruang khas untuk menjalani kelas dan latihan.

3.      Penggunaan Internet sehingga 5Mbps yang selesa dan berhawa dingin

4.      Ruang menunggu yang dilengkapi dengan sebuah televisyen layar lebar.

5.      Kemudahan mesin pencetak, mesin laminasi, projektor interaktif dan pelbagai perkhidmatan dokumentasi sampingan .

 

Lokasi

Balairaya Felda Layang-Layang

UST Area

 

Daerah

Kluang

Negeri

Johor Darul Takzim

Populasi

516

Aktiviti Ekonomi

Pertanian - Ladang Kelapa Sawit, Penternakan Ayam Telur, Perikanan Air Tawar, Peniaga Kecil, Industri Kecil & Sederhana, Perkhidmatan, Perkilangan dan lain-lain

Tarikh Mula Beroperasi

15 Mei 2010

Pengurus

Khirominshah Bin Mafford

khirominshah@celcom1cbc.com

019-7424 737

Penolong Pengurus

Mastura Binti Mohd Esa

mastura@celcom1cbc.com

013-3186475

Ketua Kampung

En Tn. Hj.Togimat Bin Yusof

Laman Web


 www.celcom1cbc.com/layang-layang


Jumlah Keahlian

1534*

Longitud Latitud

1.787

103.393

Teknologi

Hub & Spoke - Microwave

Pemberi Perkhidmatan

Celcom Axiata

Tiang Pemancar WiFi Komuniti

      1.  34 Jalan Tiung        – En Misdan Sarbanain

      2.  91 Jalan Enggang   – En Sarmidi Bardan

      3.  Rumah Kakitangan  – En. Azmi Ithnin

*Data Sehingga 31 Mei 2016