Ekonomi dan Keusahawanan

SOSIO EKONOMI

Majoriti generasi muda Felda Layang-Layang memilih untuk berhijrah dan bekerja  di sektor awam dan swasta bagi menyara kehidupan mereka di luar daerah.  Bagi penduduk yang masih menetap di sini, ada yang mengusahakan industri makanan ringan, menjadi kontraktor, menyediakan khidmat andaman pengantin, Sewa perkhidmatan jengkaut, mengusahakan perniagaan kecil seperti kedai makan, kedai runcit dan bengkel  membaiki kenderaan sebagai sumber pendapatan mereka. 


PERTANIAN DAN PERLADANGAN

Tanah yang luas dan subur Felda Layang-Layang dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk kampuang. Kelapa sawit merupakan tanaman utama di sini. Pihak Felda adalah 

penasihat utama. Idea yang diilhamkan oleh Perdana Menteri semasa pelancaran Festival Antarabangsa Landskap dan Tanam pada 19-27 Julai 2008 untuk menjadikan tanaman 

makanan sebagai landskap di sekeliling rumah sendiri telah diterima baik oleh seluruh peneroka Felda termasuklah peneroka Felda Layang-Layang. Projek ini dijalankan di setiap 

rumah dan kawasan-kawasan dalam skim penempatan Felda Layang-Layang. Antara tanaman yang diusahakan termasuklah tanaman herba, ubi, kekacang, sayur-sayuran dan 

buah-buahan yang hasilnya boleh dituai dalam tempoh 1 hingga 6 bulan. Felda melalui pejabatnya menyediakan bantuan permulaan bagi tapak semaian, benih, baja, polibeg dan 

bahan kepada setiap peneroka. Mereka akan membayar balik secara ansuran selepas tumbuhan mula mengeluarkan hasilnya. Mereka perlu untuk menanam mengikut 

perancangan yang disediakan oleg pejabat rancangan. Penjagaan sehingga penuaian hasil akan dilakukan oleh pemilik rumah sendiri. Setelah tanaman sedia untuk dituai dan 

dijual, mereka akan mengumpulkan hasil di Pusat Pengumpulan Hasil (PPH). Di pusat ini, semua produk atau hasil akan digred, dibungkus dan dihantar ke Agensi Pemasaran 

Pertaniaan Persekutuan (FAMA) yang akan berkhidmat sebagai agen pemasaran. Projek Tanam Tanaman yang boleh dimakan  ini juga bertujuan menambahkan hasil pendapatan 

isi rumah setiap peneroka.


PERIKANAN DAN PENTERNAKAN

Salah satu projek ternakan yang dijalankan secara besar-besaran di FELDA Layang-Layang adalah menternak lembu baka Kedah-Kelantan. Projek ini dijalankan dalam kumpulan 

yang melibatkan empat orang: Misdan Sabanain, Tokimat Yusof, Tukimat Surip dan Saikan Busran.

Dari hanya lima ekor lembu, hasil bimbingan dan sokongan dari  Pejabat Veterinar Daerah Simpang Renggam. Selepas lima tahun, bilangannya telah meningkat kepada 400 ekor. 

Lembu-lembu tersebut dibiarkan meragut di dalam ladang kelapa sawit yang dipagar untuk mengelakkan lembu dari tersesat dan hilang.

Menurut Encik Misdan, kos set lengkap pagar elektrik untuk satu ekar adalah RM1,200.00.  Ia akan menghasilkan kejutan elektrik kecil apabila lembu menghidu pagar dengan 

hidung basah mereka. Lembu tersebut tidak akan menghampiri pagar tersebut lagi jika ianya pernah terkena renjatan elektrik.

Buat masa ini, ramai peserta telah menjual ternakan mereka kerana program penanaman semula kelapa sawit sedang dijalankan yang menyebabkan tiada lagi padang ragut.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.