Kemudahan Awam
KEMUDAHAN AWAM
KEMUDAHAN ASAS
Felda Layang-Layang menikmati
kesemua kemudahan asas seperti bekalan elektrik, bekalan air terawat dan
jaringan jalan berturap yang meliputi keseluruhan kawasan penempatannya.
Kehadiran sebuah Sekolah Rendah dan Sekolah Agama kerajaan bukan sahaja
memberikan pendidikan kepada anak peneroka tempatan, malah turut dinikmati
bersama anak-anak penduduk kampung berdekatan seperti Kampung Bukit Nyamuk dan
sekitarnya. Terdapat juga sebuah Dewan orang ramai, Pusat Kesihatan Desa,
Gelanggang Futsal berpagar, Padang Sukan Awam dan kawasan lapang yang
membolehkan segala aktiviti kemasyarakatan dan riadah dijalankan dengan selesa.
Bangunan Pejabat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) FELDA
Layang-Layang yang terletak berhampiran Pejabat Felda juga memudahkan segala
aktiviti dan perancangan kemajuan rancangan ini dilaksanakan dengan
jayanya.
KESIHATAN - KLINIK DESA
Klinik Desa FELDA Layang-layang
menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan untuk penduduk kampung. Ini
termasuklah pemeriksan ibu mengandung (pre-natal), selepas bersalin
(post-natal) penjagaan bayi, perancangan keluarga dan juga pesakit luar.
Jururawat yang bertugas juga turut menyediakan perkhidmatan rawatan ke rumah ke
rumah untuk ibu mengandung dan Ujian Pap-Smear. Klinik ini dibuka dari
Isnin hingga Jumaat, bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Kedudukan
klinik yang hampir dengan penempatan penduduk memudahkan mereka untuk
mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang diperlukan.
KESELAMATAN
RELA : Keselamatan FELDA Layang-Layang secara amnya adalah di bawah
pemantauan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) dan anggota
Ikatan Relawan Rakyat (RELA). JKKR sentiasa memantau keadaan kampung bagi
memastikan jenayah yang boleh mengancam keselamatan dapat dibendung. Rondaan
secara berkala diljalankan bagi membantu pihak polis menjaga keamanan di
penempatan ini.
Antara tugas-tugas lain yang
dijalankan oleh Pasukan RELA dan RELAWATI FELDA Layang-layang adalah mengawal
aliran trafik semasa sesuatu majlis keramaian diadakan. Dalam operasi polis
membenteras pendatang haram di kawasan ladang, Pasukan RELA sering memberikan
bantuannya.
Apabila berlaku kejadian jenayah
yang serius, ianya akan dirujuk kepada Balai Polis Simpang Renggam.
POLIS : Aduan berkaitan ketenteraman awam dan kegiatan jenayah akan
dilaporkan terus ke Balai Polis Simpang Renggam yang merupakan balai polis
terdekat dengan kawasan penempatan ini. Di samping itu, penduduk juga
bekerjasama dengan pihak polis, JKKR dan RELA dalam menjaga keselamatan kampung
dan mengelakkan kegiatan jenayah berlaku di kampung ini.
Balai Polis |
Simpang Renggam |
No. Telefon |
07-7556762 |