Maklumat Tempatan

MAKLUMAT TEMPATAN

Maklumat Komuniti Felda Layang-Layang:

 

Felda Layang-Layang terletak 15 km dari Bandar Simpang Renggam di Daerah Kluang, kira-kira 51 kilometer ke utara bandar dan 69 kilometer dari ibu negeri Johor. Ia berada  di bawah pentadbiran Parlimen Simpang Renggam, kawasan ini pernah menjadi salah satu tarikan pelancongan di Negeri Johor yang dikenali sebagai Taman Safari Johor, sebuah Taman Haiwan Konsep Terbuka yang membolehkan pengunjung menyaksikan haiwan-haiwan bebas berkeliaran dari dalam kenderaan mereka sendiri seperti di Taman Safari di Negara Afrika.  Asalnya kawasan ini diliputi oleh hutan yang tebal serta dihuni oleh pelbagai spesis binatang  liar, namun kewujudan Burung Layang-Layang yang banyak berbanding unggas lain di kawasan ini menyebabkan para peneroka yang berhijrah ke sini bersetuju untuk menamakan tanah rancangan ini sempena nama burung ini menjadikannya dikenali sebagai FELDA Layang-Layang. Pembangunan di FELDA Layang-Layang bermula sekitar tahun 1981.

 

BANDAR BERDEKATAN

Bandar yang paling hampir dengan Felda Layang-Layang adalah Bandar Simpang Renggam iaitu lebih kurang 15 km jaraknya. Ianya adalah titik pertemuan yang menghubungkan kawasan penempatan awam, ladang, pekan dan kampung berhampiran melalui jaringan jalan berturap seperti Pekan Layang-Layang, Bandar Renggam serta Kluang dengan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). 

Antara kemudahan awam yang terdapat di Simpang Renggam termasuklah kompleks perniagaan, Majlis Daerah, Pusat Khidmat Rakyat, Pejabat Pos, Jabatan Pendaftaran Negara, Kawasan Perindustrian, Bank Komersial , Hotel, Pasar Awam serta Stesyen Minyak.   Bandar ini juga terkenal dengan pelbagai  jenis makanan tempatan, asia dan barat seperti satay, makanan laut, nasi ayam selain restoran-restoran makanan segera ternama lain. Terdapat banyak bengkel baik pulih kenderaan, kedai alat ganti dan pusat pengumpulan hasil pertanian serta perniagaan kereta, motor dan jentera.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.