Pelancongan & Rekreasi

PELANCONGAN & REKREASI

Pelancongan - Inap Desa

 

Tarikan terkini adalah Rumah Inap Desa (Homestay) yang baru sahaja disiapkan pada bulan November 2012. Ianya boleh memuatkan seramai 6 orang dengan selesa pada suatu masa.  Ini dapat memudahkan mereka yang datang dari jauh untuk menginap terutamanya menjelang musim cuti sekolah dan majlis perkahwinan yang dijalankan di kawasan penempatan ini. 


REKREASI 

Pengurusan Felda Layang-Layang menyediakan sebuah Padang Bola, Gelanggang Futsal, Gelanggang Badminton Tertutup, 2 buah Taman Permainan Kanak-Kanak, Gelanggang Bola Tampar dan sebuah Dataran bersimen untuk permainan Sepak Takraw dan Bola Jaring. Ianya kerap digunakan bagi mengisi aktiviti santai dan kecergasan oleh penduduk setempat.

Selain itu sebidang dataran berturap asphalt berhadapan Bangunan Dewan Raya juga sering diguna-pakai pagi mengadakan majlis keramaian serta acara keraian menurut kesesuaian acara yang dilangsungkan.

Kesemua kemudahan rekreasi tersebut juga digunakan bagi acara pertandingan serta kegiatan luar oleh organisasi  setempat khususnya yang dijalankan oleh para belia dan persatuan sekitar kawasan Felda Layang-Layang.
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.