Pendidikan


PENDIDIKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN LAYANG-LAYANG

Memberi kemudahan  pendidikan  kepada 158 orang pelajar yang menempatkan semua anak dan cucu penduduk rancangan ini serta Kampung Melayu Bukit Nyamuk, Simpang Renggam.

Sekolah ini menempa nama sebagai sekolah cemerlang yang mengekalkan kedudukan di kelompok 30 teratas yang mencatatkan kelulusan 100% pada peperiksaan UPSR bagi seluruh negeri Johor.

Kejayaan yang pernah diraih oleh SK LKTP Layang-Layang

1.    Bola Tampar – Peringkat MSSJ

2.    Olahraga – Peringkat MSSJ

3.    Johan Tilawah Muqaddam Kem Bestari 1 Malaysia -Karnival Pra-Sekolah  Daerah Kluang

4.    Ketiga -Tilawah Muqaddam Kem Bestari 1 Malaysia Karnival Pra-Sekolah Negeri Johor

5.    Naib Johan  Pertandingan Deklamasi Sajak Karnival Bahasa Melayu Daerah Kluang

6.    Johan Doktor Muda (Bercerita) Peringkat Zon

7.    Johan Doktor Muda (Bercerita) Peringakat Daerah 

8.    Johan Pertandingan Bercerita Bahagian Agama Peringkat Zon & Daerah

9.    Saguhati Pertandingan Bercerita Bahagian Agama Peringkat Kebangsaan 

10. Johan Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia Peringkat Zon & Daerah

11. Naib Johan Story Telling Tahap 2 Peringkat Zon

 

 

SEKOLAH AGAMA FELDA LAYANG-LAYANG

Berada bersebelahan bangunan Masjid Jamek Felda Layang-Layang. Sekolah ini memberi pendidikan rohani untuk pelajar dari Tahun 1 hingga 6. Mereka dibimbing oleh 4 orang guru yang mengajar dengan penuh dedikasi di sekolah agama ini bermula dari   jam 2.00 petang sehingga 6.30 petang. 



      Kejayaan yang di raih oleh Sek Agama Felda Layang-Layang :-

1.      Tafsir Ayat Peringkat Zon, Daerah & Negeri – Johan

2.      Tafsir Ayat Peringkat Kebangsaan - Saguhati

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.