Kisah Kejayaan Q2 - (PUAN LIANA BINTI AWANG - Menerimah tempahan kek & biskut raya )

14 June 2016 | Berita Terkini

Puan Liana Binti Awang, 32 tahun hanyalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Kini beliau cuba menceburi bidang pembuatan kek homemade. Puan Liana sering mengikuti kelas membuat kek yang selalu diadakan oleh Pengurus Lynn Bakery iaitu Puan Halina.  Melalui kelas tersebut beliau mula berminat untuk menjalankan perniagaan homemade kecil-kecilan.

Pada mulanya Puan Liana hanya menggunakan Facebook untuk berhubung dengan kawan-kawan. Tetapi setelah beliau mula berjinak-jinak dalam bidang pembikinan kek homemade ni, beliau mula menggunakan internet untuk mengiklankan penempahan kek melalui facebooknya.

 

Setelah mempelajari cara penggunaan internet, Puan Liana  menggunakan peluang yang ada untuk memperkenalkan perniagaan homemadenya kepada orang ramai, ini sekali gus dapat membantu meningkatkan pendapatan sampingan keluarganya walaupun ianya tidak banyak tapi cukup untuk seisi keluarga Puan Liana.  Selain itu Puan Liana juga dapat memperbaiki hidupnya dan keluarga dalam pengetahuan internet dan pengembangan perniagaannya.

 

Tarikan utama Puan Liana  untuk datang dan menggunakan kemudahan di Pi1M ialah pertama staf Pi1m adalah rakan beliau dan staf tersebut mempelawa beliau datang ke Pi1M untuk menunjukkan atau menerangkan kepada beliau cara menggunakan internet kearah untuk mengembangkan perniagaan homemade ini. Kedua tarikan yang membuatkan Puan Liana dating ke Pi1M ialah kadar bayaran yang sangat rendah dan berbaloi untuk penggunaan internet dengan capai yang sangat maksima.

 

Seperti yang dikatakan oleh Puan Liana Pi1M dapat menyediakan capaian internet yang laju dan memudahkan beliau untuk mengaksis sebanyak mana sekali pun maklumat mengenai cara untuk menjual prodaknya dan dapat belajar resepi lain dalam internet dapat membantu mana-mana peniaga homemade.

 

Beliau juga memberi pendapat cara untuk menambahbaik Pi1M adalah melalui program-program yang dianjurkan oleh setiap jabatan terutamanya SKMM dapat berkerjasama dan banyak melibatkan Pi1M dalam mana-mana program yang  dimasa akan datang. Dengan program-program yang melibatkan Pi1M, ini dapat membantu mereka agar lebih dikenali oleh orang ramai.

 

Puan Liana juga berpendapat bahawa pihak Pi1M banyak membantu beliau dalam mempelajari ilmu perniagaan melalui atas talian dan sekali gus dapat mengembangkan sedikit demi sedikit peniagaan beliau dikawasan Lahad Datu khususnya.

 

Untuk maklumat lanjut boleh la menghubungi beliau di:

 

FB: https://www.facebook.com/razlin.ana.5?fref=ts

Whatsapp: 013 -8996105