Program Klik Dengan Bijak

15 October 2016 | Berita Terkini

Laporan Aktiviti PI1M Layung Industrial

Oktober, 2016

 

 

TAJUK PROGRAM : Program Klik Dengan Bijak

TARIKH                    : 15 Oktober 2016

MASA                       : 1.00pm hingga 4.30pm

TEMPAT                   : Pi1M Layung Industrial, Lahad Datu

 

 

Pada 15hb Oktober 2016 bersamaan hari sabtu, pihak Pusat Internet 1Malaysia Layung telah mengadakan program klik dengan Bijak bersama ahli komuniti pi1m.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pegetahuan mengenai kebaikan dan keburukan menggunakan internet dan menyeru agar mereka menjadi pengguna internet yang beretika dan bertanggungjawab.

Selain itu pihak pi1m juga mengadakan sesi bersoal jawab bersama komuniti yang hadir dan meberi penerangan ringkas mengenai fungsi dan tujuan Pusat Internet ditubuhkan dan menerangkan tentang perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia agar tidak berlakunya salah paham mengenai Pusat Internet 1Malaysia.

Disamping itu, pihak Pi1M juga telah mengadakan program mewarna khas untuk kanak-kanak.  Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan semua ahli yang hadir menunjukkan semangat yang tinggi dan kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini.