Program Santai-santai Bersama Komuniti Pi1M

22 November 2016 | Berita Terkini

 

PI1M LAYUNG INDUSTRIAL

LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER 2016

ADVOKASI (KLIK DENGAN BIJAK) PI1M LAYUNG INDUSTRIAL

PROGRAM SANTAI-SANTAI BERSAMA KOMUNITI

 

Tindakan proaktif yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia melalui Pusat Internet 1 Malaysia dengan mengadakan program kesedaran awam – Kempen Keselamatan Internet dengan 'Klik dengan Bijak ("Klik Bijak") sebagai tema utama yang bertujuan untuk keselamatan, keselamatan dan tanggungjawab ketika menggunakan komputer ataupun internet.

 

Dengan itu, Pusat Internet 1 Malaysia Layung Industrial telah mengadakan program santai-santai bersama komuniti Pi1M sekaligus advokasi Klik Dengan Bijak kepada lebih kurang 18 orang komuniti sekitar Layung yang hadir.

Antara pengisian program ini tertumpuh kepada ceramah Advokasi Klik Dengan Bijak serta mengadakan dialog ringkas bersama pengunjung mengenai program Advokasi yang kerap dijalankan di PI1M, sekolah-sekolah dan organisasi kerajaan & bukan kerajaan. Advokasi KDB ini menekankan beberapa aspek penting mengenai keselamatan diri dan tanggungjawab ketika menggunakan komputer dan internet; termasuk topic ‘Oversharing’, Kesahihan Maklumat, Pembuli Online dan Penipuan Kewangan. Selain itu, penyampaian taklimat melalui tayangan video keselamatan juga memberi gambaran yang jelas mengenai kepentingan menjaga keselamatan diri ketika menggunakan internet. Selain itu, peserta yang hadir turut digalakkan untuk mengikuti maklumat terkini mengenai Advokasi melalui Fan Page Klik Dengan Bijak dan melalui laman sesawang MCMC.

Selain itu terdapat aktiviti lain turut diadakan antaranya ialah permainan karom, dart dan google search menggunakan google chrome untuk permainan mencari perbezaan dalam gambar.

Diharapkan dengan usaha seperti ini, input ringkas yang padat dan lengkap disampaikan sedikit sebanyak memberi maklumat kepada para pelajar mengenai jenayah siber, serta langkah yang perlu di ambil untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa dan pemangsa jenayah siber.