PROFIL USAHAWAN PI1M (Puan Jauharia Binti Siba - Perniagaan printing gambar)

30 November 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Profail usahawan pada bulan november ini ialah Puan Jauharia Binti Siba, berumur 32 tahun dan ibu kepada seorang anak.  Beliau mula mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet 1Malaysia pada awal bulan Januari 2016.  puan Jauharia merupakan seorang suri rumah dan sentiasa aktif mengikuti latihan ICT dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia.

Selepas mengikuti kelas usahawan yang diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Layung, Puan Jauharia mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan printing gambar dari rumah.  Alhamdulillah perniagaan beliau mendapat sambutan yang menggalakkan daripada keluarga, kawan-kawan dan juga jiran tetangga.  Beliau menggunakan kaedah promosi melalui facebook, wechat dan juga whatsapp.

Puan Jauharia berharap agar perniagaannya ini dapat berkembang lagi dengan bantuan dan khidmat nasihat daripada pihak Pi1M.