PROGRAM PERTANDINGAN MEWARNA DAN MENCIPTA POSTER MAULIDURRASUL SERTA TAYANGAN VIDEO AGAMA

17 December 2016 | Berita Terkini

Pada 17 Disember 2016, sekali lagi pihak Pusat Internet 1Malaysia Layung telah mengadakan satu program Pertandingan mewarna dan mencipta poster Maulidurrasul. Program ini diadakan sempena Hari Maulidurrasul, bersama komuniti Pi1M. program bertempat di Pi1M Layung Industrial, Lahad Datu.

            Program ini telah dihadiri oleh ahli Pusat Internet 1 Malaysia iaitu seramai 20 orang dan program tersebut berjalan dengan lancar.  Tujuan program ini dibuat ialah untuk  memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad saw dan sekaligus untuk merapatkan silaturrahim antara ahli komuniti dan staf Pi1M.

            Antara aktiviti yang dijalankan pada hari itu ialah acara taklimat ringkas mengenai, sejarah Islam dan juga penerangan mengenai perkhidmatan yang boleh mereka dapati dan gunakan di Pi1M.  Selain itu acara mewarna dan mencipta poster Maulidurrasul.

            Pihak pi1M juga menyeru semua komuniti setempat agar sentiasa memajukan diri dalam ilmu pengetahuan ICT agar tidak ada wujudnya jurang digital antara masyarakat Bandar dan luar Bandar.

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan semua yang hadir memberi sokongan dan semangat yang sangat memberangsangkan.  Diharap program sebegini dapat diadakan lagi untuk menarik minat pengguna internet di sekitar Layung datang ke Pusat Internet 1Malaysia Layung untuk memanfaatkan perkhidamatan yang disediakan di PI1M.

Diharapkan dengan usaha seperti ini, input ringkas yang padat dan lengkap disampaikan sedikit sebanyak memberi maklumat kepada para pelajar mengenai jenayah siber, serta langkah yang perlu di ambil untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa dan pemangsa jenayah siber.