PROGRAM HARI KRISMAS PERTANDINGAN MEWARNA DAN MENCIPTA KAD DIY PALING KREATIF

27 December 2016 | Berita Terkini

                                                                                                        

 

PI1M LAYUNG INDUSTRIAL

LAPORAN AKTIVITI DECEMBER 2016

(Program Hari Krismas Pertandingan mewarna dan mencipta DIY kad paling kreatif)

 

Tindakan proaktif yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia melalui Pusat Internet 1 Malaysia dengan mengadakan program kesedaran awam – Kempen Keselamatan Internet dengan 'Klik dengan Bijak ("Klik Bijak") sebagai tema utama yang bertujuan untuk keselamatan, keselamatan dan tanggungjawab ketika menggunakan komputer ataupun internet.

Sehubungan itu, Pusat Internet 1 Malaysia Layung Industrial, Lahad Datu turut mengadakan aktiviti sambutan hari Krismas di Pi1M bersama komuniti Pi1M. Pelbagai aktiviti turut dilaksanakan dan seramai 21 orang ahli telah hadir menjayakan aktiviti tersebut.

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari itu ialah acara taklimat ringkas mengenai, Klik Dengan Bijak, pertandingan mencipta DIY kad paling kreatif komuniti  dan mewarna kad komuniti.

            Pihak pi1M juga menyeru semua komuniti setempat agar sentiasa memajukan diri dalam ilmu pengetahuan ICT agar tidak ada wujudnya jurang digital antara masyarakat Bandar dan luar Bandar.

Pihak pi1M juga menyeru semua komuniti setempat agar sentiasa memajukan diri dalam ilmu pengetahuan ICT agar tidak ada wujudnya jurang digital antara masyarakat Bandar dan luar Bandar.

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan semua yang hadir memberi sokongan dan semangat yang sangat memberangsangkan.  Diharap program sebegini dapat diadakan lagi untuk menarik minat pengguna internet di sekitar Layung datang ke Pusat Internet 1Malaysia Layung untuk memanfaatkan perkhidamatan yang disediakan di PI1M.