PROFIL USAHAWAN PI1M (En Artemeo Pimentel-Pengusaha pertanian- menanam pokok pisang & membekal bua

27 December 2016 | Berita Terkini

Profail usahawan pada bulan Disember ini ialah Encik Artemeo Pimentel, berumur 34 tahun dan ayah kepada lapan orang anak.  Beliau mula mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet 1Malaysia pada awal bulan November 2014.  Encik Artemeo Pimentel  dahulu nya merupakan seorang kerani  di sebuah kilang minyak daerah Lahad Datu,dan beliau sentiasa aktif mengikuti latihan ICT dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia.

Selepas mengikuti kelas usahawan yang diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Layung, Encik Artemeo Pimentel  mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan pertanian bermula dari kecil - kecilan.  Alhamdulillah perniagaan beliau kini semakin berkembang dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada keluarga, kawan-kawan dan juga jiran tetangga.  Beliau menggunakan kaedah promosi melalui facebook, wechat dan juga whatsapp.

Encik Artemeo Pimentel berharap agar perniagaannya ini dapat berkembang lagi dengan bantuan dan khidmat nasihat daripada pihak Pi1M.

 

No Tel: 019-8582506

whatsap : +6019-8582506