PROFIL USAHAWAN PI1M (En Abdul Halim Bin Kasmarah - Perniagaan jahitan (menjahit baju melayu, kuru

27 December 2016 | Berita Terkini

Profail usahawan pada bulan Disember ini ialah Encik Abdul Halim Bin Kasmarah, berumur 42 tahun dan ayah kepada 2 orang anak.  Beliau adalah salah seorang usahawan memberi perkhidmatan menjahit pakaian yang dibantu oleh isteri nya sendiri.  Encik Abdul Halim dahulu nya merupakan seorang pekerja di sebuah kilang minyak daerah Lahad Datu,dan beliau sentiasa aktif mengikuti latihan ICT dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia.

Selepas mengikuti kelas usahawan yang diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Layung, Encik Abdul Halim Bin Kasmarah mula berjinak-jinak dalam bidang perkhidmatan menjahit pakain bermula dari kecil – kecilan di kampung beliau.  Alhamdulillah perniagaan beliau kini semakin berkembang dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada keluarga, kawan-kawan,jiran tetangga dan orang luar.  Beliau menggunakan kaedah promosi melalui facebook, Poste, wechat dan juga whatsapp.

Encik Abdul Halim Bin Kasmarah berharap agar perniagaannya ini dapat berkembang lagi dengan bantuan dan khidmat nasihat daripada pihak Pusat Internet 1 Malaysia.

 

Link FB : https://www.facebook.com/ab.halim.73?fref=ts

No Tel: 019-8085080

whatsapp: +6019-8085080