Mengenai PI1M

PUSAT INTERNET 1MALAYSIA

 

Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Layung Industrial merupakan salah satu projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Projek ini dilaksanakan oleh Celcom Axiata Berhad dengan kerjasama NuSuara Technologies Sendirian Berhad di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Pi1M Layung Industrial Lahad Datu telah mula beroperasi pada 01 Ogos 2013 dan terletak kira-kira 5KM dari pusat bandar Lahad Datu.


Objektif Utama:

 

1.   Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti setempat.

2.   Memberi pendedahan kepada masyarakat setempat terhadap teknologi komputer dan internet

3.   Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat setempat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pi1M

4.   Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan masyarakat setempat selaras dengan matlamat kerajaan


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:

  • Kelas asas ICT Percuma (Ahli Pi1M)
  • Penggunaan Internet/ Komputer
  • Printing, Fotostat, Scan dan Laminate
  • Kelas Keusahawanan percuma
  • Wifi komuniti (KTW)
  • Peminjaman Netbook 1 Malaysia

1

Pi1M LAYUNG INDUSTRIAL 

 

Lokasi

Layung Industrial Estate Shoplot

Mukim

Layung

DUN

Silam

Parlimen

P.188

Daerah

Lahad Datu

Negeri

Sabah

Populasi

1663 orang

Aktiviti Ekonomi Utama

Perindustrian, Perniagaan Kecil-kecilan, Pertanian (Kelapa sawit)

Jumlah Keahlian

(setakat 28 Disember 2016)

266 orang

Lat/Long PI1M

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

01 Ogos 2013

Laman Web

Website

http://www.celcom1cbc.com/layung-industrial#

 

Kampung Tanpa Wayar

1.     Taman Warisan zone 1

2.     Taman Warisan zone 2

3.     Pi1M Layung Industrial