Pelancongan & Rekreasi

PELANCONGAN & REKREASI


1.   PENGENALAN PUSAT LUAR LEMBAH DANUM

Pusat Luar Lembah Danum ( Danum Valley Field centre- DVFC) merupakan sebuah pusat yang menyediakan kemudahan saintifik yang terkenal di dunia.  Ia terletak di dalam kawasan Konsesi Yayasan Sabah iaitu dipinggir kawasan Konservasi Lembah Danum ( Iaitu sebuah kawasan hutan dipterokarpa pamah dara yang terbesar di Sabah) dengan keluasan 438 km persegi.  Pusat ini dibuka pada tahun 1986, untuk menyediakan kemudahan bagi penyelidikan, pendidikan, latihan dan rekreasi.  Pusat ini dikendalikan oleh Yayasan Sabah bagi pihak Jawatankuasa Pengurusan Lembah Danum.  Kini terdapat beberapa orang saintis ( Tempatan dan luar Negara) yang sedang menjalankan kajian mereka serta 25 kakitangan yang bertugas sepenuh masa di pusat ini.

 

2.   PENGENALAN TAMAN HIDUPAN LIAR TABIN

Taman Hidupan liar Tabin terletak 50km di timur laut Lahad Datu di Semenanjung Dent, Sabah.  Pusat pemuliharaan seluas kira-kira 122, 539 hektar ini menjdai tumpuan pengunjung dari jauh dan dekat setiap tahun.  Seperti namanya, Tabin adalah tempat untuk melihat pelbagai hidupan liar dan terkenal seperti tiga mamalia terbesar di Sabah, gajah asia, badak Sumatera dan tembadau.  Tabin merupakan tempat perlindungan tropika untuk hidupan liar dan terletak sesuai di sebelah antaranya ialah padang tempat memberikan makanan.  Kemuncak kunjungan ke Tabin ialah Safari Malam.  Untuk ke sana, penerbangan dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu mengambil masa 55 minit.  Dari Lahad Datu, mengembara menerusi jalan raya selama sejam ke Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin.

 

3.   MENARA KAYANGAN LAHAD DATU

Menara Kayangan Gunung Silam adalah sebuah menara yang dibina di atas gunung Silam yang terletak 11km dari Bandar Lahad Datu.  Menara pemerhatian ini menyajikan pemandangan alam semula jadi hutan simpan Sapagaya.  Terletak pada ketinggian 880m dari aras laut.  Menara ini menghadap kearah Teluk Darvel yang membentangkan pemandangan laut 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.