Berita & Aktiviti Terkini

Program Riang Ria Sempena cuti sekolah

18 June 2017 | Berita Terkini

Dalam program ini, staf PI1M Kg. Linayukan terlibat sepenuhnya mengendalikan program ini. Program ini berlangsung selama sehari (18 Jun 2017) bermula pada jam 1.30 petang sehingga 5.00 petang.   Objektif program ini di adakan adalah untuk mengisi aktiviti para ahli pi1M yang sedang bercuti terutamanya para pelajar sekolah agar mereka dapat memanafaatkan cuti sekolah mereka dengan kegiataan yang berfaedah. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung, adalah taklimat “Klik Dengan Bijak”, permainan seperti ‘Teka teki ICT’, Search Word secara dalam talian (Online), tayangan viDalam program ini, staf PI1M Kg. Linayukan terlibat... read more

Pameran Sempena Sambutan Pesta Kaamatan Daerah Tongod

18 May 2017 |

Pesta Kaamatan peringkat daerah Tongod telah berlangsung pada 18 Mei 2017 bersamaan dengan hari khamis bertempat di dewan Kg. Simpang Entilibon. Pihak Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) gabungan daerah Tongod yang terdiri daripada Pi1M Pekan Tongod, Pi1M Kg. Sogo-Sogo dan Pi1M Kg. Linayukan turut mengambil bahagian dalam pameran ini sempena sambutan pesta kaamatan peringkat daerah Tongod.     Antara pengisian didalam program pameran ini antaranya mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia yang terdapat di sekitar daerah Tongod kepada komuniti, perkhidmatan yang ditawarkan atau dijalankan di Pi1M seperti kelas ICT, kelas Usahawan, USM Tranning... read more

Program Advokasi dan Pertandingan Permainan Tradisional

11 May 2017 | Berita Terkini

Pada 11 Mei 2017 (Khamis), Pi1M Linayukan telah melaksanakan satu program Advokasi dan pertandingan permainan tradisional dimana para peserta program terdiri daripada ahli Pi1M dan belia beliawanis sekitar Kg. Linayukan.             Sebelum program dimulakan, diselitkan taklimat advokasi ‘Klik Dengan Bijak’ kepada para peserta agar sentiasa mengutamakan keselamatan semasa melayari internet.             Antara acara permainan tradisional yang dijalankan adalah Dam Haji, Batu Seremban dan Lastik Getah. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengetengahkan kembali permainan tradisional daripada tenggelam dalam arus kemodenan masa kini. Dengan adanya program seperti ini, para peserta dapat memupuk dan... read more

Program Jelajah Advokasi Belia dan Dewasa

28 April 2017 | Berita Terkini

28 April 2017 (Jumaat) – Staf Pi1M Linayukan terlibat sepenuhnya dalam program ini. Tujuan program ini di adakan adalah untuk memberi ceramah dan taklimat kepada para belia dan dewasa khususnya berkaitan dengan etika penggunaan internet agar setiap peserta tidak menyalahgunakan kemudahan internet dan kemudahan- kemudahan lain yang terdapat di Pi1M. Dalam program ini, staf PI1M telah memberi taklimat Advokasi (Klik Dengan Bijak) kepada para peserta. Selain daripada itu, taklimat mengenai kepentingan keselamatan semasa melayari internet sangat dititik beratkan agar para belia sentiasa berwaspada agar tidak mudah terperdaya oleh perkara- perkara yang... read more

Program Gotong Royong Bersama Komuniti Siri 1

15 April 2017 | Berita Terkini

Pada 15 April 2017, Pi1M Linayukan terlibat sepenuhnya dalam melaksanakan program ini. Objektif program ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi silaturrahim diantara pengurusan Pi1M dan komuniti setempat, memberi peluang kepada masyarakat bekerjasama dengan pengurusan Pi1m dengan lebih optimum serta dapat menceriakan dan membersihkan kawasan sekitar Pi1M agar lebih bersih dan ceria.     Sebelum program bermula, staf PI1M telah memberi taklimat Advokasi (Klik Dengan Bijak) kepada para peserta. Selain daripada itu, taklimat mengenai perkhidmatan yang Pi1M sediakan kepada para pengguna khususnya para pelajar agar para pelajar dapat memanfaatkan pekhidmatan yang disediakan ini. Antara... read more

Program “Jom Masuk U” dan Advokasi

29 March 2017 |

Program ini merupakan program tahunan Pi1M Linayukan khas untuk pelajar lepasan SPM/STPM yang akan diadakan setiap bulan march memandangkan keputusan peperiksaan SPM/STPM selalunya di keluarkan pada bulan march setiap tahun. Oleh itu Pi1M mengambil inisiatif mengadakan program ini  bagi membantu pelajar-pelajar lepasan SPM/STPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA/S atau mencari kerja dan ingin memohon secara online. Dalam program ini, staf PI1M telah memberi taklimat Advokasi (Klik Dengan Bijak) kepada para peserta. Selain daripada itu, taklimat mengenai perkhidmatan yang Pi1M sediakan kepada para pengguna khususnya para pelajar agar para pelajar dapat... read more

Kisah Kejayaan | Keusahawanan : NAPARINDO JALANI

25 March 2017 | Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Pi1M LINAYUKAN, TONGOD Naparindo Jalani, berumur 37 tahun merupakan seorang pemuda yang berasal dari Kg. Sanan, Tongod yang giat menjalankan kerja-kerja pertukangan besi dengan menyediakan perkhidmatan memasang Grille pintu dan tingkap rumah di sekitar Daerah Tongod. Pada mulanya beliau yang pernah bekerja dan menimbah ilmu pertukangan besi di sebuah syarikat di kota kinabalu sabah, hanya menjalankan kerja-kerja pertukangan ini secara kecil-kecilan dengan memberikan perkhidmatan hanya d sekitar kampung beliau sahaja, namun kini perkhidmatan beliau mendapat tempahan ke seluruh Daerah Tongod Beliau sering kali datang ke Pusat Internet 1Malaysia Linayukan untuk... read more

Kisah Kejayaan | Keusahawanan : ARRY AK GANI

22 March 2017 | Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Pi1M LINAYUKAN, TONGOD Arry AK Gani, berumur 25 tahun merupakan seorang Usahawan Belia Tani yang berasal dari Kg. Sanan, Tongod. Selepas menamatkan zaman persekolahan, beliau banyak menghadiri kursus-kursus keusahawanan terutamanya berkaitan dengan Tanaman Kelapa Sawit dan buah buahan. Beliau membantu kedua orang tuanya mengurus Kebun milik mereka. Selepas kehilangan ibunya akibat terlibat dengan kemalangan dan ditambah dengan keadaan ayahnya yang sudah berusia, beliau diamanahkan untuk mengurustadbir sepenuhnya kebun kelapa sawit milik keluarga mereka. Berbekalkan sedikit pengalaman yang diperolehi dari sahabat-sahabat lain yang turut sama mengusahakan kebun kelapa sawit, Arry AK... read more

Kisah Kejayaan | Celik IT : THEIRRY JOSHUA WELLTER

22 March 2017 | Kisah Kejayaan

KEKURANGAN TIDAK MENGHALANG INSAN KERDIL INI UNTUK TURUT SAMA MERASAI KEPANASAN ARUS GELOMBANG KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Kisah Kejayaan Celik IT bagi Pi1M Linayukan, Tongod berkisar mengenai seorang pelajar yang mengalami Sindrom Lambat Membaca atau Menafsir ( Disleksia ). Untuk makluman, pelajar ini berasal dari Kg. Simpang Entilibon yang mana berdekatan dengan Pi1M Linayukan. Pelajar ini mendapat pendidik awal di SK. Telupid di dalam Sekolah Pendidikan Khas dan kini sedang menuntut di SMK Telupid dalam Kelas Peralihan Pendidikan Khas serta sering berkunjung ke Pi1M Linayukan pada hujung minggu dan cuti sekolah.  Di... read more

Program Advokasi Bersama Ahli Baru Pi1M

22 March 2017 |

Dalam Program ini,Pi1m Linayukan terlibat sepenuhnya dalam melaksanakan program ini. Tujuan program ini di adakan adalah untuk memberikan ceramah dan taklimat kepada ahli-ahli bari pi1m berkaitan dengan etika penggunaan internet agar setiap ahli baru tidak menyalah gunakan kemudahan internet dan kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di pi1m. Dalam program ini, staf PI1M telah memberi taklimat Advokasi (Klik Dengan Bijak) kepada para peserta. Selain daripada itu, taklimat mengenai perkhidmatan yang Pi1M sediakan kepada para pengguna khususnya para pelajar agar para pelajar dapat memanfaatkan pekhidmatan yang disediakan ini dengan semaksimanya untuk pembelajaran seharian mereka... read more

lagi berita & aktiviti