Berita Terkini

Program 'Open Day' Pi1M Kg. Linayukan

14 December 2017 | Berita Terkini

Pada 14 Disember 2017, Pi1m Linayukan telah mengadakan satu program iaitu ‘Open Day Pi1m’. Dimana program ini merupakan program yang wajib di laksanakan setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat khususnya di sekitar kawasan Kg. Linayukan dan kampung sekitarnya tentang kewujudan Pi1M kg. Linayukan Tongod serta tujuan dan fungsinya kepada masyarakat amnya.  Dalam program ini diselitkan program “Klik dengan Bijak dan Kursus Keusahawanan”. Ianya merupakan salah satu inisiatif Kerajaan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam usaha untuk mendidik masyarakat untuk menggunakan rangkaian internet dengan lebih berhemah dan bijak serta... read more

Program 'Refresher' Pi1M Tongod, Telupid dan Beluran

06 December 2017 | Berita Terkini

Pada 6 – 7 Disember 2017 (Rabu dan Khamis), Program “Refresher” Pi1M telah diadakan di Pi1M Pekan Telupid selama dua (2) hari berturut- turut. Seramai 13 orang staf yang terdiri dari Pi1M Daerah Telupid (Pi1M Pekan Telupid, Pi1M Kg. Wonod), Pi1M Daerah Tongod (Pi1M Kg. Linayukan, Pi1M Kg. Sogo- Sogo dan Pi1M Pekan Tongod) dan Pi1M Daerah Beluran ( Pi1M Gana Jati dan Pi1M Kg. Bintang Mas).   Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi persediaan kepada semua staff yang terlibat untuk menjalankan operasi Pi1M pada masa akan datang iaitu tahun 2018... read more

Program ICT Sempena Cuti Sekolah

28 November 2017 | Berita Terkini

Pada 28 November 2017, Pi1M Linayukan telah mengadakan Program ICT sempena Cuti Sekolah. Program ini telah disertai oleh ahli- ahli Pi1M khususnya daripada pelajar SK. Linayukan dan SMK Entilibon.  Sebelum program ini bermula, para peserta program diberi taklimat mengenai “Klik Dengan Bijak”. Mereka telah di dedahkan dengan cara- cara penggunaan teknologi maklumat dengan betul dan bijak. Selain itu, taklimat bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para peserta terhadap etika penggunaan internet secara selamat dan berhemah. Program ini bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik IT disamping memberi pengetahuan dan pendedahan kepada para peserta mengenai... read more

Program Advokasi & DIY Siri II

23 November 2017 | Berita Terkini

Pada 23 November 2017, Pi1m Kg. Linayukan telah mengadakan satu ‘Program Advokasi dan DIY Siri ii” yang disertai oleh ahli- ahli Pi1M sekitar Kg. Linayukan yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Linayukan.  Sebelum program ini bermula, para peserta program diberi taklimat mengenai “Klik Dengan Bijak”. Mereka telah di dedahkan dengan cara- cara penggunaan teknologi maklumat dengan betul dan bijak. Selain itu, taklimat bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para peserta terhadap etika penggunaan internet secara selamat dan berhemah. Program diteruskan dengan bengkel ‘DIY Tabung’ dimana para peserta di beri kumpulan. Setiap... read more

Program Menawan Bukit Tingkar “The Center Of Sabah”, Tongod

18 October 2017 | Berita Terkini

18 Oktober 2017 (Rabu), Gabungan Pusat Internet 1 Malaysia Daerah Tongod yang terdiri daripada Pi1M Pekan Tongod, Pi1M Kg. Sogo- Sogo dan Pi1M Kg. Linayukan serta sokongan daripada MCMC Cawangan Sandakan telah melaksanakan pengambaran Video “Menarik Di Tongod”  untuk tujuan mempromosikan tempat- tempat menarik yang terdapat di Daerah Tongod untuk diketengahkan kepada umum. Lokasi yang dipilih pada kali ini ialah ‘The Center Of Sabah’ yang terletak di Bukit RISM (Hutan Simpan Gunung Tingkar). Seramai 16 orang peserta telah menyertai program ini termasuk 2 kakitangan daripada MCMC Cawangan Sandakan, beberapa orang... read more

Bengkel Keusahawanan (Bengkel Bun Dan Kek)

14 October 2017 | Berita Terkini

14 Oktober 2017 (Sabtu), Pi1m Kg. Linayukan kerjasama dengan Zura Bakery telah mengadakan bengkel keusahawanan (Kelas Bun & Kek). Seramai 18 orang peserta yang telah mengikuti bengkel ini selama sehari bermula dari jam 9.00 am sehingga 5.00 petang. Peserta program terdiri daripada penjawat awan, beliawanis dan surirumah sepenuh masa. Sebelum program bermula, staf Pi1M telah memberi taklimat ringkas “Klik Dengan Bijak” dan “Enterprenuship” kepada para peserta.  Dalam bengkel ini, para peserta berpeluang mengenali bahan- bahan asas untuk membuat bun dan kek serta teknik yang betul memasukkan setiap bahan mengikut resepi yang... read more

Kisah Kejayaan : JEWEL WILLIN UKIL

29 September 2017 | Kisah Kejayaan

Beliau merupakan usahawan yang menawarkan perkhidmatan solekan dan dandanan kepada pengantin, unduk ngadau dan lain- lain. ... read more

Kisah Kejayaan : ALFINA MADULI

29 September 2017 | Kisah Kejayaan

Beliau menjalankan perkhidmatan menjahit pakaian termasuklah baju tradisional, baju kurung, kemeja, seluar dan lain-lain. Beliau mengunakan sepenuhnya medium facebook sebagai medium untuk mengiklankan setiap hasil kerja jahitan beliau dan mengambil tempahan melalui aplikasi whatsapp dan facebook.    ... read more

Kisah Kejayaan | Celik IT : FARDERICALIANI KUSTE

29 September 2017 | Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan bagi Pi1m Linayukan, Tongod berkisarkan mengenai seorang insan yang mengalami Sindrom Lambat Membaca atau Mentafsir (Disleksia). Untuk makluman, beliau merupakan seorang pelajar SK. Linayukan yang berada di tahun 3. Apabila tamat sesi persekolahan, beliau selalu berkunjung ke Pi1M Linayukan sekadar hanya menjadi pemerhati kepada rakan- rakannya yang melayari internet. Staff Pi1M tidak mengetahui akan kekurangan yang dihadapi beliau dan hanya diceritakan oleh beberapa pendidik yang menerangkan permasalahan beliau. Kekerapan beliau untuk berkunjung ke Pi1M Linayukan telah menarik minat beliau untuk mencuba sesuatu yang pada beliau amat baru dan canggih... read more

Program “ICT Awarness”

28 September 2017 | Berita Terkini

Dalam Program ini, staf Pi1m Kg. Linayuakan terlibat sepenuhnya mengendalikan program ini. Program ini berlangsung selama sehari (27 September 2107) bermula pada jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang.   Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat sekitar khususnya kepada para pengguna internet tentang kepentingan keselamatan semasa melayari internet contohnya dengan tidak mendedahkan ‘ID Pengguna’atau ‘Password’ kepada orang lain terutamanya ID kad bank dan seumpamanya. Walaupun perkara ini mudah untuk dilakukan namun perlulah ada kesedaran agar perkara- perkara seperti kebocoran maklumat, akaun laman sosial di salahgunakan oleh pengodam untuk menjatuhkan... read more