Program Kemasyarakatan bersama Persatuan Belia Kg. Linayukan

03 May 2016 |

Dalam program ini, Pi1M Kg. linayukan terlibat sama melaksanakan program kemasyarakatan bersama Persatuan Belia Kg. Linayukan. Program ini berlangsung selama sehari ( 30 April 2016) bermula pada jam 8.30 am sehingga jam 12.00 tengahari yang disertai dari kalangan belia- beliawanis Kg. Linayukan.

 

Antara aktiviti yang dijalankan dalam program kemasyarakatan ini adalah belia- beliawanis serta staf Pi1M bergotong royong membersihkan kawasan sekitar kampung Linayukan. Tujuan program kemasyarakatan ini dijalankan adalah untuk memupuk sikap tolong- menolong disamping dapat menaburkan bakti kepada masyarakat.  Dengan adanya program seperti ini mampu menghidupkan amalan murni dalam kalangan masyarakat. Selain itu juga, program ini dapat mengeratkan silahturahim antara belia- beliawanis dengan masyarakat setempat.

 

Secara kesimpulannya, Program Kemasyarakatan bersama Persatuan Belia Kg. Linayukan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.