Program Pencarian Miss ICT Sempena Kaamatan Belia Zon Entilibon 2016

25 May 2016 |

Dalam program ini, staf- staf gabungan Pi1M Daerah Tongod iaitu Pi1M Pekan Tongod, Pi1M Kg. Sogo- Sogo dan Pi1M kg. Linayukan terlibat sepenuhnya dalam mengendalikan program ini.  Program ini berlangsung selama sehari (19 Mei 2016) bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari. Pi1M kg. Linayukan merupakan tuan rumah bagi melaksanakan program ini.

Objektif program ini di adakan adalah inisiatif daripada gabungan 3 Pi1M daerah Tongod dimana ia bertujuan untuk mempromosikan fungsi Pusat Internet 1Malaysia sebagai “stop center” yang mampu memberikan kemudahan servis yang pelbagai kepada penduduk setempat khususnya di daerah Tongod seperti memberikan kemudahan akses internet, kelas ICT, latihan Usahawan dan seumpamanya. Melalui pertandingan ini, Pi1M mampu mewujudkan hubungan yang baik antara pihak urusetia sambutan Pesta Kaamatan Belia Zon Entilibon dan masyarakat setempat.

Pengisian program ini tertumpu kepada taklimat “Klik Dengan Bijak” yang menekankan beberapa aspek penting mengenai keselamatan diri dan tanggungjawab ketika menggunakan komputer dan internet. Manakala dalam slot “ Pencarian Miss ICT” diadakan dengan mengadakan 3 slot kuiz iaitu WordSearch yang diperuntukkan masa sebanyak 5 minit sahaja. Manakala bagi 2 slot kuiz peserta diuji kefahaman Pengetahuan am dan pengetahuan ICT. Setiap peserta pertandingan dikehendaki memilih 2 soalan dan diadili oleh juri yang terdiri daripada pengurus- pengurus Pi1M sendiri. Peserta yang memberikan komitmen yang baik sepanjang program, jawapan yang tepat dengan kehendak soalan serta menunjukkan keyakinan diri ketika menjawab soalan adalah peserta yang diambil kira sebagai pemenang yang akan mendapat gelaran sebagai Miss ICT 2016 .

Secara kesimpulannya, program ini mensasarkan kepada golongan remaja perempuan kerana mereka lebih mudah terdedah kepada ancaman jenayah siber khususnya. Dengan adanya program seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan remaja perempuan khususnya agar tidak menjadi mangsa kepada jenayah siber online.