Program Pameran Gabungan Pi1M Sempena Kaamatan Belia Zon Entilibon 2016

25 May 2016 |

 

 

 

 


Dalam program ini, staf- staf gabungan Pi1M Daerah Tongod iaitu Pi1M Pekan Tongod, Pi1M Kg. Sogo- Sogo dan Pi1M kg. Linayukan terlibat sepenuhnya dalam mengendalikan pameran ini.  Pameran ini berlangsung selama sehari (21 Mei 2016) bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 3.00 petang bertempat di perkarangan dewan sebaguna Kg. Simpang Entilibon.

 

Objektif pameran ini di adakah adalah untuk mempromosi Pusat Internet 1Malaysia kepada masyarakat yang masih tidak mengetahui kewujudannya dan fungsinya kepada masyarakat sekeliling. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang pameran ini berlangsung adalah “games” berkaitan dengan KDB, pengenalan Pi1M kepada masyarakat dan banyak lagi. Selain itu, YB. Datuk Seri Panglima Madius Tangau selaku Menteri Sains Teknologi dan Inovasi telah melawat ke pameran Pusat Internet 1Malaysia.

 

            Secara kesimpulannya, pameran ini sangat membantu dalam mempromosikan Pusat internet 1Malaysia kepada masyarakat sekeliling tentang fungsinya kepada masyarakat dengan memberikan kemudahan akses internet, kelas ICT, latihan Usahawan dan seumpamanya.