USAHAWAN TERNAKAN AYAM

19 February 2016 |

En. Jeyson Karim merupakan seorang usahawan ternakan Ayam. Nama perusahaan beliau iaitu Satria Farm. Satria Farm mula dibina pada 07.10.2014 di atas pemilikan tanah sendiri dan siap sepenuhnya pada 30.01.2015 dan mula beroperasi pada 05.05.2015 dengan kekuatan 2 unit kandang berukuran 30 x 60 kaki persegi yang boleh menampung 1800 ekor ayam setiap satu kandang.

    Satria Farm menternak ayam jenis Broiler atau ayam pedaging, dimana sasaran pasaranya adalah di sekitar Daerah Tongod merangkumi Daerah Telupid dengan objektif memasarkan prodak ayam segar terus kepada pelanggan, di samping memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.