Kisah Kejayaan En. Jeyson Karim ( Penternak Ayam Pedaging )

30 June 2016 | Kisah Kejayaan

 

Ceritera kejayaan pada kali ini bukan berkisar pada kejayaan yang telah dikecapi tetapi ianya berkisar kepada usaha untuk mengejar kejayaan. Individu tersebut adalah Encik Jaison Karim, seorang anggota tentera yang sedang dalam usaha untuk menjadi pembekal daging ayam.

Beliau berkunjung ke Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Linayukan untuk mencari bahan yang berkaitan terutamanya mencari jenis baja makanan yang sesuai, cara penjagaan dan juga pasaran. Walau pun beliau telah menghadiri kursus yang berkaitan, namun beliau menambah pengetahuan dengan melayari internet di Pi1M.

Beliau baru sahaja menyiapkan Fasa 1 projek beliau iaitu 2 unit kandang ayam, 1 unit tempat pemprosesan dan 1 unit rumah berkembar pekerja. Fasa 2 adalah penyediaan peralatan yang sesuai serta membawa masuk bibit anak ayam yang berkualiti di bawah Syarikat Satria Farm yang beliau tubuhkan.

Satria Farm mula dibina pada 07.10.2014 di atas pemilikan tanah sendiri dan siap sepenuhnya pada 30.01.2015 dan mula beroperasi pada 05.05.2015 dengan kekuatan 2 unit kandang berukuran 30 x 60 kaki persegi yang boleh menampung 1800 ekor ayam setiap satu kandang

Satria Farm menternak ayam jenis Broiler atau ayam pedaging, dimana sasaran pasaranya adalah di sekitar Daerah Tongod merangkumi Daerah Telupid dengan objektif memasarkan prodak ayam segar terus kepada pelanggan, di samping memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

 


Beliau adalah merupakan bakal usahawan belia yang pasti akan berjaya kerana melihat usaha beliau yang begitu komited walaupun sibuk dengan kerjaya beliau. Kemudahan Pi1M sedikit memberi kesan kepada usaha beliau terutamanya untuk melayari internet.