Program "Pengguna Patriotik" dan "Pertandingan mencipta poster" sempena bulan kemerdekaan Pi1m Kg. L

25 August 2016 |

Sempena bulan kemerdekaan ini, Pi1m Linayukan telah mengadakan program “Pengguna Patriotik” dan pertandingan melukis poster Pi1m Linayukan 2016.

Program seperti ini diadakan adalah bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara serta memupuk nilai- nilai positif dikalangan pelajar khususnya para pelajar sekolah menengah.  Sebelum program ini berlangsung, nyanyian lagu “NegaraKu” dan “Sabah Tanah Air Ku” di nyanyikan oleh para peserta program dan taklimat “Klik Dengan Bijak” yang disampaikan oleh staf Pi1M linayukan.

Bagi pengguna patriotik, pemenang diambil kira berdasarkan pemerhatian staf- staf Pi1m sepanjang bulan kemerdekaan ini dimana pengguna yang selalu melayari internet untuk mencari bahan- bahan yang berkaitan dengan kemerdekaan seperti contoh lagu- lagu kemerdekaan, bahan sejarah kemerdekaan dan seumpamanya. Manakala bagi kategori pertandingan melukis poster pula, peserta – peserta diminta untuk melukis poster yang bertemakan “Kemerdekaan Malaysia”.

 

Pemenang bagi kategori pengguna patriotik di menangi oleh adik Azlan Kucte. Pemenang bagi kategori melukis poster, tempat pertama dimenangi oleh adik Yasmin M. Reky, naib johan dimenangi oleh adik Vecezlud Zorop dan tempat ketiga dimenangi oleh adik Herllyson Mison. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa- masa akan datang.