Program Advokasi & Bengkel DIY Jahitan Keronsang Bersama Ahli Pi1m

19 November 2016 | Berita Terkini

Pada 19 November 2016, Pi1m Kg. Linayukan telah mengadakan satu ‘Program Advokasi dan DIY Jahitan Keronsang’ yang disertai oleh ahli- ahli Pi1M sekitar Kg. Linayukan yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Linayukan. 

Sebelum program ini bermula, para peserta program diberi taklimat mengenai “Klik Dengan Bijak”. Mereka telah di dedahkan dengan cara- cara penggunaan teknologi maklumat dengan betul dan bijak. Selain itu, taklimat bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para peserta terhadap etika penggunaan internet secara selamat dan berhemah.

Program diteruskan dengan bengkel ‘DIY Jahitan Keronsang’ dimana para peserta di beri 4 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan bahan- bahan untuk membuat keronsang seperti kain, jarum, benang, gam, gunting dan pin. Staf telah memberi penerangan secara terperinci cara- cara membentuk, mengunting kain dan menjahit kain tersebut menjadi satu bentuk kelopak bunga yang dikehendaki. Selain itu, para peserta diminta untuk mencari maklumat video tutorial jahitan keronsang melalui ‘Youtube’ dan sumber- sumber lain yang terdapat di mana- mana laman web di internet. Setiap kumpulan diberikan tugasan menjahit sebanyak 2 jenis keronsang mengikut kretiviti para peserta.

Di akhir program, penyampaian hadiah kepada 3 kumpulan yang terbaik yang dapat menghasilkan keronsang dengan cantik dan kemas. Diharap agar program seumpama ini dapat mencungkil bakat kekretifan para peserta program dan dapat mengeratkan lagi silahturahim antara Pi1M dengan komuniti setempat.