Program ICT Sempena Cuti Sekolah Pi1M Linayukan

28 November 2016 | Berita Terkini

Pada 28 November, Pi1M Linayukan telah mengadakan Program ICT sempena Cuti Sekolah. Program ini telah disertai oleh ahli- ahli Pi1M khususnya daripada pelajar SK. Linayukan dan SMK Entilibon. Program ini bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Sebelum program ini bermula, para peserta program diberi taklimat mengenai “Klik Dengan Bijak”. Mereka telah di dedahkan dengan cara- cara penggunaan teknologi maklumat dengan betul dan bijak. Selain itu, taklimat bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para peserta terhadap etika penggunaan internet secara selamat dan berhemah.

Program ini bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik IT disamping memberi pengetahuan dan pendedahan kepada para peserta mengenai dunia ICT. Dalam program ini, para peserta telah diajar cara- cara membuat email, mempelajar cara- cara mengunakan dan mendapatkan maklumat melalui internet dengan betul dan banyak lagi.

Di akhir program ini, seorang peserta terbaik telah dipilih berdasarkan komitmen dan kesungguhan sepanjang program ini berlangsung. Peserta terbaik telah dimenangi oleh  Adik Vezlud Zorop.

Melalui program ini hubungan silahturahim antara pihak pengurusan Pi1M dan juga ahli- ahli dapat dieratkan, manakala bagi para peserta pula mereka telah mendapat pembelajaran baru yang sangat berguna untuk digunakan pada masa- masa akan datang.