'Open Day' Pi1M Linayukan

27 December 2016 |

Pada 27 Disember 2016, Pi1m Linayukan telah mengadakan satu program iaitu ‘Open Day Pi1m’. Dimana program ini merupakan program yang wajib di laksanakan setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat khususnya di sekitar kawasan Kg. Linayukan dan kampung sekitarnya tentang kewujudan Pi1M kg. Linayukan Tongod serta tujuan dan fungsinya kepada masyarakat amnya. 

Dalam program ini diselitkan program “Klik dengan Bijak dan Kursus Keusahawanan”. Ianya merupakan salah satu inisiatif Kerajaan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam usaha untuk mendidik masyarakat untuk menggunakan rangkaian internet dengan lebih berhemah dan bijak serta menjadikan Pi1M sebagai gedung ilmu dalam memajukan taraf hidup dari segi ekonomi melalui perniagaan dalam talian. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik akan turut diadakan bagi menggalakkan semua golongan komuniti mengunjungi Pi1M.


Pengisian dalam program itu termasuklah memberikan penggunaan internet secara percuma kepada penggunjung serta pendaftaran ahli baru kepada masyarakat yang belum pernah mendaftar sebagai ahli Pi1m agar mereka dapat menikmati kadar harga perkhidmatan yang lebih murah yang ditawarkan oleh Pi1m. Selain daripada itu, pihak pengurusan Pi1m melaksanakan beberapa aktiviti antaranya sukaneka ‘indoor’ dan ‘outdoor’ games kepada para pengunjung agar dapat mengeratkan lagi hubungan silahturahim pengurusan Pi1m dengan komuniti setempat. Setelah selesai sukaneka, ucapan perasmian dan penutupan program yang disampaikan oleh KK. Nondok Bin Kulam selaku Ketua Kampung Kg. Linayukan sebagai jemputan pada masa itu. Di akhir program, cabutan tiket bertuah serta penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan sukaneka yang telah dijalankan. Program selesai tepat pada jam 2 petang.


Semoga program sehari ini dapat memberi kesedaran kepada komuniti tentang kewujudan dan fungsi pewujudan Pi1M kepada peningkatan taraf hidup mereka seterusnya mengeratkan lagi silaturahim antara penduduk setempat dan kakitangan Pi1M. Aktiviti dan bimbingan yang dianjurkan adalah bertujuan menggalakkan pengguna untuk datang lebih kerap bagi memaksimakan penggunaan perkhidamatan yang ditawarkan dengan lebih cekap, berfaedah dan selamat. Pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia, Kg. Linayukan amat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan pemohanan untuk mengadakan program ini supaya dapat mencapai objektif sepertimana yang telah digariskan.