Program Gotong Royong Akhir Tahun Pi1m Kg. Linayukan

16 December 2016 |

Pada 16 Disember 2016, Pi1M linayukan telah menganjurkan aktiviti gotong royong akhir tahun bersama dengan ahli Pi1m di Pi1M Linayukan sendiri. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti berbentuk kemasyarakatan.  Dalam aktiviti ini, pihak Pi1M telah melibatkan para ahli Pi1M yang terdiri daripada pelajar- pelajar SK. Linayukan dan SMK Entilibon. Sebelum aktiviti gotong royong dijalankan, staf Pi1M telah memberi taklimat ringkas “Klik Dengan Bijak” kepada pada peserta program.

Bermula pukul 2.00 petang, para peserta telah di bahagi- bahagikan tugas antaranya di luar kawasan Pi1m dan dalam Pi1m.  Para peserta memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi untuk membersihkan kawasan luar bangunan dan dalam bangunan Pi1m sehingga selesai. 

Program seperti ini harus dilaksanakan pada masa- masa akan datang kerana ia dapat memupuk sikap saling bantu membantu diantara satu sama lain dan menanamkan sikap bertanggungjawab dalam diri para peserta.