Mengenai PI1M


Pusat Internet 1 Malaysia yang dahulu dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) atau Community Broadband Centre (CBC) merupakan kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) , CELCOM dan NUSUARA Technologies Sdn. Bhd. Inisiatif daripada pihak-pihak tersebut dalam melaksanakan projek Pusat Internet 1 Malaysia, iaitu selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan semua rakyat di negara kita tidak ketinggalan dalam bidang teknologi, komunikasi dan maklumat. 

Di samping itu, PI1M ditubuhkan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan kata lain PI1M memudahkan penduduk mendapatkan kemudahan komputer dan internet berkelajuan tinggi. Malahan PI1M turut menyediakan perkhidmatan pembelajaran kepada penduduk dengan pelbagai aktiviti harian seperti proses pembelajaran dan perbankan secara online.  

Objektif penubuhan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakn sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.

 

Perkhidmatan lain yang disediakan:

  Menaip

  Kelas Computer / ICT (Percuma Untuk Ahli)

  Perkhidmatan Fotokopi & Mencetak

  Latihan Usahawan  

  Program Klik Dengan Bijak

  Perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar  

 

Maklumat Komuniti Kg. Linayukan

 

Kampung Linayukan ini telah wujud sejak tahun 1973, dalam daerah Tongod, Kinabatangan dan terletak kira-kira 35 km dari pusat pentadbiran Daerah Tongod iaitu Pekan Tongod yang di duduki oleh kira-kira 98% berbangsa Dusun dan beragama Kristian yang berjumlah lebih kurang 823 orang. 

Dari segi ekonomi Kampung Linayukan hari ini lebih tertumpu kepada perusahaan ladang kelapa sawit, getah , kebun buah-buahan dan kebun sayur-sayuran yang di usahakan sendiri oleh penduduk kampung. Disamping itu juga, terdapat perusahaan persendirian seperti bengkel membaiki kenderaan, perusahaan kedai runcit, gerai menjual produk tempatan seperti kerepek dan beberapa jenis makanan ringan.

Pada ketika ini, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Linayukan di sandang oleh Cikgu Rut Diris dan manakala Ketua Kampung di sandang oleh En. Nondok Kulam.

 

 Maklumat PI1M & Komuniti Kg. Linayukan

 

Lokasi

Kg. Linayukan

UST Area

 

Daerah

Tongod

Negeri

Sabah

Populasi

 

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian (Buah-buahan/Sayur), Ladang Sawit Dan Getah, Perniagaan Kecil-kecilan.

Jumlah Keahlian

(setakat 30 September 2015)

1030

Lat/Long PI1M

N5.499556 , E117.007

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

01 March 2010

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Nama: Maiame Bin Jaini

Email: maiame@celcom1cbc.com

No Telefon: 013-8686936


Penolong Pengurus

Nama: Inata Binti Samun

Email: 

No Telefon: 014-8751094

Website

http://www.celcom1cbc.com/kg-linayukan

Kampung Tanpa Wayar

1.     Kg Linayukan (SuperWiFi@CBC) - PI1M Kg Linayukan

2.     Kg Linayukan (Pole 12 Meter) – Rumah En. Jurus Binting

3.     Sk. Linayukan(Pole 12 Meter) – Bangunan Sk. Linayukan

4.     SMK Entilibon (Pole 12 Meter ) – Bangunan SMK. Entilibon

5.     Perpustakaan Desa Entilibon(Pole 12 Meter) – Menara Telekomunukasi Celcom Entilibon

 

2.     Tempat-tempat Menarik

 

Dari segi ekonomi Kampung Linayukan hari ini lebih tertumpu kepada perusahaan ladang kelapa sawit, getah , kebun buah-buahan dan kebun sayur-sayuran yang di usahakan sendiri oleh penduduk kampung. Disamping itu juga, terdapat perusahaan persendirian seperti bengkel membaiki kenderaan, perusahaan kedai runcit, gerai menjual produk tempatan seperti kerepek dan beberapa jenis makanan ringan.

Terdapat beberapa Kampung yang berdekatan dangan Kampung Linayukan, antaranya ialah, Kampung Langkabong, Kampung Sanan, Kampung Semunduh, Kampung Entilibon dan Kampung Simpang Entilibon.

Antara tempat tempat menarik yang terdapat di sekitar Kampung Linayukan ialah Air Terjun Kampung Langkabong yang terletak kira-kira 8 km dari Pi1M Kg. Linayukan dan Perusahaan Inap Desa yang terletak kira-kira 5 km dari Pi1M Linayukan.

Di samping itu, antara kemudahan yang terdapat di sekitar Kampung Linayukan ialah terdapat sebuah sekolah rendah, SK Linayukan yang terletak kira-kira 200 meter dari PI1M Kg. Linayukan dan terdapat sebuh gereja Sidang Injil Borneo (SIB) yang terletak kira-kira 500 meter dari PI1M. Selain itu, kemudahan seperti padang bola sepak  dan gelanggang takraw juga terletak 500 meter dari PI1M Kg. Linayukan bagi kemudahan penduduk sekitar untuk menjalankan aktiviti sukan dan sebagainya.