Maklumat Tempatan

Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Kg. Linayukan terletak di Daerah Tongod dalam Parliment P.187 Kinabatangan, DUN N.47 Kuamut dan dalam kawasan Mukim Entilibon yang diketuai oleh En. Jaini Sayang sebagai Pemaju Mukim Entilibon. Terdapat beberapa kampong yang berhampiran dengan Pi1M Kg. Linayukan, antaranya Kg. Langkabong, Kg. Sanan, Kg. Semunduh, Kg. Entilibon dan Kg. Simpang Entilibon yang mana hamper keseluruhan Kampung-kampung ini mempunyai perkhidmatan Talian Kampung Tanpa Wayar (KTW).

Kampung Linayukan ini telah wujud sejak tahun 1973, dalam daerah Tongod, Kinabatangan dan terletak kira-kira 35 km dari pusat pentadbiran Daerah Tongod iaitu Pekan Tongod yang di duduki oleh kira-kira 98% berbangsa Dusun dan beragama Kristian yang berjumlah lebih kurang 823 orang. Pada ketika ini, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Linayukan di sandang oleh Cikgu Rut Diris dan manakala Ketua Kampung di sandang oleh En. Nondok Kulam.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.