Berita & Aktiviti Terkini

SEMINAR MOTIVASI SOLAT

10 December 2016 | Berita Terkini

SEMINAR MOTIVASI SOLAT Pada 10 dan 11 Disember 2016 yang lepas, satu program Seminar Motivasi Solat telah dijalankan di Kg. Lohan bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Agama Negeri (S.A.N Lohan). Program seminar solat ini dianjurkan oleh pihak Masjid Al-Kauthar Kg. Lohan Satu dengan kerjasama (S.A.N Lohan). Terdapat tiga Ustaz penyampai ceramah dalam Seminar Solat ini iaitu Ustaz Junaid Bin Hussain, Ustaz Ismail Bin Mohd Nor dan Ustaz Kamaruzaman Bin Ali. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan kekuatan motivasi bagi setiap individu Islam dalam amalan ibadah dalam solat. Selain itu, seminar motivasi dalam... read more

KEM BINA INSAN

10 December 2016 | Berita Terkini

Pada tahun ini, belia Masjid Al-Kauthar Kg Lohan 1 telah menganjurkan kem motivasi (Kem Bina Insan) selama 4 hari 3 malam dengan kerjasama Sekolah Agama Negeri Lohan (SAN Lohan) dan Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M Kg. Lohan) yang melibatkan penduduk Kg Lohan dan sekitarnya. Program ini adalah salah satu usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Program ini juga bertujuan bagi mendidik golongan remaja dan kanak-kanak agar percaya kepada diri sendiri dan sedar  akan  kemampuan  diri selain mengisi masa cuti mereka dengan perkara yang berfaedah. Program ini serba sedikit berjaya memenuhi dan merealisasikan objektif... read more

MyKif bersama belia Lohan.

23 November 2016 | Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit. Objektif bagi pertandingan ini adalah untuk menggalakkan perkongsian ilmu di kalangan masyarakat melalui penghasilan kandungan digital, mencetus keterujaan di kalangan komuniti tentang pembangunan industri kandungan tempatan dan transformasi komuniti setempat dalam menjayakan inisitiatif Komuniti Pintar. Belia Kg.Lohan telah berkampung sehari di Pi1M... read more

Advokasi Klik Dengan Bijak

26 November 2016 |

Sepanjang November ini , Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) telah  mengadakan taklimat  Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) bersama ahli-ahli Pi1M.Belia Kg.Lohan telah bekerjasama bagi melancarkan program advokasi sepanjang bulan November ini. Taklimat Kesedaran Keselamatan ICT “Klik Dengan Bijak” yang telah disampaikan oleh Pengurus PI1M  iaitu Cik Nurul. Pada masa yang sama PI1M juga telah mengadakan sesi kuiz KDB kepada murid-murid. Selain daripada taklimat Klik Dengan Bijak, pengurus juga telah menyampaikan taklimat “Pokemon go” dan “e-waste”. Pelajar yang aktif menjawab soalan-soalan sewaktu sesi kuiz berpeluang memenangi goodies KDB. Sesi kuiz bersama pelajar adalah di... read more

KURSUS KEUSAHAWANAN CILIK

20 November 2016 | Berita Terkini

Pada 20 November lepas, Pi1M Kg.Lohan telah mengumpul seramai 20 orang murid sekolah rendah berusia di antara 9 hingga 12 tahun yang berhasrat mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan. 20 orang peserta ini telah menyertai kelas keusahawanan cilik sehari selama 8 jam. Mereka telah diajar asas-asas idea perniagaan serta 2 resepi mudah sekiranya memulakan perniagaan berasaskan makanan. Adik-adik tersebut telah diajar resepi sandwich telur dan kuih popiah goreng. Kedua-dua resepi ini amat mudah dihasilkan. Kelas selama 8 jam ini yang pada asalnya hanya disertai oleh 20 orang berakhir dengan 30 orang peserta. Pihak Pi1M... read more

KURSUS KEUSAHAWANAN CILIK

20 November 2016 | Berita Terkini

Pada 20 November lepas, Pi1M Kg.Lohan telah mengumpul seramai 20 orang murid sekolah rendah berusia di antara 9 hingga 12 tahun yang berhasrat mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan. 20 orang peserta ini telah menyertai kelas keusahawanan cilik sehari selama 8 jam. Mereka telah diajar asas-asas idea perniagaan serta 2 resepi mudah sekiranya memulakan perniagaan berasaskan makanan. Adik-adik tersebut telah diajar resepi sandwich telur dan kuih popiah goreng. Kedua-dua resepi ini amat mudah dihasilkan. Kelas selama 8 jam ini yang pada asalnya hanya disertai oleh 20 orang berakhir dengan 30 orang peserta. Pihak Pi1M... read more

KELAS KRAF TANGAN FELT

05 November 2016 | Berita Terkini

Pada 05 November yang lepas bersamaan dengan hari Sabtu, bertempat di Pi1M Kg.Lohan, Puan.Noor Nizah Binti Amir yang merupakan satu-satunya usahawan  krat tangan jenis felt di kampung ini telah mengadakan sebuah kelas selama 8 jam bersama 7 orang peserta yang mendaftar sehari sebelum kelas. Kelas ini selain bertujuan sebagai medium perkongsian ilmu kraf tangan felt, ia juga diadakan bagi memperkenalkan kraf tangan ini sebagai salah satu idea perniagaan bagi golongan  suri rumah yang cuba memulakan perniagaan dari rumah. Uniknya kelas pada kali ini disertai oleh seorang peserta lelaki iaitu En.Wafi, yang merupakan... read more

PERTANDINGAN LAGU-LAGU PATRIOTIK ANJURAN KOMUNITI 1 MALAYSIA LOHAN

30 September 2016 | Berita Terkini

Komuniti 1 Malaysia Kg.Lohan telah mengadakan pertandingan lagu-lagu patriotik peringkat Mukim Lohan pada 24 September lepas bersamaan dengan hari Sabtu bertempat di Dewan Serbaguna Kg.Lohan 1. Pertandingan lagu-lagu patriotik tersebut telah berlangsung selama 4 jam bermula dari jam 7.00 petang hingga jam 11.00 malam. Pi1M Kg.Lohan telah terlibat dalam program tersebut dengan menyumbangkan beberapa buah hadiah untuk dijadikan "cabutan bertuah" kepada tetamu yang hadir. Salah seorang AJK Pi1M, iaitu En.Mohd Raif Bin Paunin juga turut sama menyertai pertandingan tersebut dengan membawa lagu patriotik " Bahtera Merdeka". Beliau telah mendapat tempat... read more

Kursus Membuat Donut

25 September 2016 | Berita Terkini

Pada 25 September 2016 (Ahad) yang lepas, satu program keusahawanan telah dijalankan di Pi1m Kg. Lohan, iaitu kursus membuat kuih Donut ala-ala Big Apple. Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan. Nurhafizah selaku tenaga pengajar yang bertauliah dan berpengalaman dalam bidang masakan dan bakeri. Kursus ini bermula pada jam 8 pagi dengan kehadiran peserta dan telah berakhir pada jam 3 petang. Apa yang menarik dalam kursus ini ialah harga yuran yang murah berbanding dengan kursus yang ditawarkan di tempat lain. Yuran sebanyak RM50 untuk seorang peserta dan peserta dapat mempelajari mengajar... read more

Majlis Korban Sempena Hari Raya Aidil Adha

12 September 2016 | Berita Terkini

Majlis Korban Sempena Hari Raya Aidil AdhaSempena Hari Raya Aidil Adha, Badan kebajikan Masjid Al-Kauthar Kg. Lohan (BKML) telah mengadakan Majlis Korban pada 12 September 2016 hari isnin bersamaan 10 Zulhijjah 1437H yang bertempat di perkarangan Masjid Al-Kauthar Kg. Lohan . Hasil kerjasama dari semua penduduk Kg. Lohan dan Kg. sekitarnya, majlis korban tersebut berjalan lancar disamping mengeratkan silaturahim antara satu sama yang lain. Gambar 1 : Menyembelih SapiHari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar... read more

lagi berita & aktiviti