Advokasi Klik Dengan Bijak November

16 November 2016 | Berita Terkini

Tindakan proaktif yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia melalui Pusat Internet 1 Malaysia dengan mengadakan program kesedaran awam – Kempen Keselamatan Internet dengan 'Klik dengan Bijak ("Klik Bijak") sebagai tema utama yang bertujuan untuk keselamatan, keselamatan dan tanggungjawab ketika menggunakan komputer ataupun internet.

Sehubungan itu, Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Lormalong telah menjayakan program Taklimat “Klik Dengan Bijak” kepada ahli Pi1M Kg. Lormalong. Program ‘Klik Dengan Bijak’ ini telah diadakan pada hari Rabu, 16 November 2016 bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Lormalong. Taklimat ringkas ini merupakan pengisian yang wajib diadakan di setiap kelas ICT yang diadakan di PI1M. Pengisian seumpama ini dapat mendidik sekaligus mengukuhkan lagi kesedaran pengguna internet untuk lebih waspada ketika melayari internet.

Pengisian taklimat ringkas ini tertumpu kepada taklimat Klik Dengan Bijak yang disampaikan oleh Pengurus PI1M Kg. Lormalong; Puan Hamiatie Abd Hamid dengan menekankan beberapa aspek penting mengenai keselamatan diri dan tanggungjawab ketika menggunakan komputer ataupun internet. Di samping itu, taklimat ringkas mengenai aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab juga telah disampaikan kea rah mendidik peserta, mahupun ahli keluarga mereka yang terdekat untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa atau pemangsa jenayah siber yang semakin berleluasa di negara kita pada masa kini.

Dengan itu, pendekatan seumpama ini dimulakan dengan mensasarkan golongan ibu bapa, belia dan remaja kerana mereka lebih mudah terdedah kepada ancaman jenayah. Selain itu, memandangkan ada sebilangan dari peserta tidak terdedah kepada pengetahuan awal mengenai kesedaran dan keselamatan diri ketika menggunakan internet, melalui program seumpama ini boleh menambah pengetahuan mereka mengenai langkah yang perlu diambil untuk mengelak dari menjadi mangsa mahupun menjadi pemangsa jenayah-jenayah siber