Jejak Usahawan: Azwin Enterprise

22 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama Pengusaha               : Azwin Bin Asman

Nama Perniagaan               : Azwin Enterprise

Umur                                 : 26 Tahun

Alamat Perniagaan             : Kampung Lormalong Kunak Sabah

Perincian Perniagaan          : Menyediakan tempahan catering pelbagai jenis kuih- muih, mee goreng & nasi kuning

 

Azwin binti Asman, berumur 20 tahun tidak bekerja telah membuat perniagaan menjual pelbagai jenis kuih-muih pada waktu pagi. Walaupun ada saingan dari peniaga yang lain di kampung ini beliau tidak mudah berputus asa untuk terus berniaga dan kembangkan lagi perniagaannya.

Bermula dengan hanya membuat kuih-muih beliau terus mengembangkan lagi jualan beliau dengan membuat tempahan nasi kuning kepada sesiapa yang ingin menempah.

Menamakan perniagaaan sebagai Azwin Enterprise, perniagaan beliau kini dikenali ramai. Tidak hanya di Kg Lormalong, tetapi kini sudah dikenali oleh kampuong sekitar Daerah Kunak. Dengan menggunakan kuasa internet sebagai medium pemasaran. Menyedari akan kuasa internet, beliau yakin Azwin Enterprise akan dikenali dipelosok Daerah Kunak, Tawau, Lahad Datu dan Semporna. Pendapatan sebelum menggunakan internet kini meningkat sehingga 1 ribu ke atas sebulan selepas memasarkan produk beliau di internet.

Azam beliau ingin memajukan lagi perniagaan Kuih-muih ini sehingga ke seluruh sabah. Dan mungkin suatu hari nanti beliau boleh membuka sebuah restoran yang menyediakan semua jenis makanan dan minuman.