Jejak Usahawan: D’SS Collection

22 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama Pengusaha               : Samsiah Binti Sanusi

Nama Perniagaan               : D’SS Collection

Umur                                 : 33 Tahun

Alamat Perniagaan             : Madai Kunak Sabah

Perincian Perniagaan          : Menerima tempahan jahitan Langsir

 

Samsiah Binti Sanusi, berumur 32 tahun adalah merupakan tenaga pengajar SMK Kunak Jaya. Mengajar dalam bidang Ekonomi Rumah Tangga tentunya menjadikan anak jati kelahiran Kunak yang menetap di Madai ini mempunyai kemahiran menjahit dan menjadikan kemahiran beliau sebagai hobi dan seterusnya melangkah ke alam perniagaan bilamana hasil tangan ciptaannya mendapat sambutan daripada rakan-rakan.

Beliau mengambil tempahan menjahit dan membuat sendiri tempat pensil dengan menyediakan sulaman nama diatas tempat pensil tersebut bergantung kepada permintaan pelanggan.

Selain daripada membuat tempahan menjahit tempat pensil, puan Samsiah juga mengambil tempahan menjahit langsir. Beliau juga menyediakan perkhidmatan memasang langsir di kediaman pelanggan itu sendiri. Itu juga bergantung kepada lokasi pelanggan. Tempahan langsir beliau juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Dengan ilmu ICT yang sedia ada, Pn. Samsiah mempromosikan produk beliau di dalam media sosial Facebook (https://www.facebook.com/samsiah.sanusi?fref=ts) dengan memuatnaik gambar-gambar hasil daripada tempahan pelanggan-pelanggan yang telah membuat tempahan. Dari situ juga, produk beliau semakin dikenali dan seterusnya mendapat tempahan. Diharapkan perniagaan beliau akan terus maju dimasa akan datang.