Jejak Usahawan: Merpati Anggun

22 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama Pengusaha               : Santi Binti Abdullah

Nama Perniagaan               : Merpati Anggun

Umur                                 : 35 Tahun

Alamat Perniagaan             : Madai Kunak Sabah

Perincian Perniagaan        : Butik Andaman.

 

Merpati Anggun Enterprise adalah satu perniagaan Butik Andaman yang ditadbir oleh Puan Santi Abdullah, 34 tahun dan pembantu Maseati Binti Hemma, 30 tahun. Perniagaan Andaman ini sudah bertapak selama 7 tahun. Bermula dengan hanya kecil-kecilan, kini butik Andaman Merpati Anggun kini menjadi buah mulut orang. Tidak hanya dikenali di kawasan Kunak sahaja, kini butik Andaman Merpati Anggun juga dikenali dan mendapat perhatian dari kawasan luar seperti Tawau, Lahad Datu dan Semporna.

Butik Andaman Merpati Anggun berjinak-jinak dengan pemasaran secara talian iaitu menggunakan rangkaian sosial facebook. Terkesan dengan impak yang boleh diperolehi daripada facebook membuatkan pihak Merpati Anggun mengambil inisiatif untuk mempromosikan perkhidmatan Butik Andaman mereka agar lebih mudah dikunjungi oleh pelanggan-pelanggan yang jauh daripada Kunak.

Setiap kali mendapat tempahan, pihak Merpati Anggun pastinya akan meng’update’ akaun facebook tersebut dengan gambar-gambar baru. Dengan cara itu, pelanggan-pelanggan boleh memilih dan meilhat sendiri hasil tangan yang disediakan oleh Merpati Anggun.

Tidak hanya terhad kepada Pakej Pelamin Pengantin sahaja, Merpati Anggun juga menyediakan perkhidmatan lain seperti Pakej Mekap untuk nikah/tunang/majlis makan malam atau apa sahaja atas permintaan pelanggan, Pakej Buaian Akikah, Pakej Gubahan Hantaran Pengantin, Pakej Mini Pelamin dan Pakej Pelamin Tunang.

Kini pelanggan-pelanggan hanya perlu melayari facebook Merpati Anggun untuk melihat semua gambar-gambar baru yang akan dimasukkan sejurus majlis selesai.