Jejak Usahawan: Jarinah Binti Maskul

31 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama Pengusaha               : Jarinah Binti Maskul

Nama Perniagaan               : Perniagaan Usahasama Bersaudara

Umur                                 : 35 Tahun

Alamat Perniagaan             : Kampung Dasar Baru, Kunak Sabah

Perincian Perniagaan        : Pembekal Mee kering (Peris kolagen, biasa dan sayuran)

PI1M Kg Lormalong kali ini memperkenalkan seorang pengusaha Mee kering dari Kg Dasar Baru, Kunak. Iaitu Jarina Binti Maskul atau lebih dikenali sebagai Ina. Nama syarikat mee keringnya adalah Perniagaan Usahasama Bersaudara, yang beralamat di Kg Dasar Baru, Peti Surat 437, 91207 Kunak.

Cik Jarinah ini adalah pengurus di syarikatnya, beliau seorang yang berfikiran jauh. Beliau baru berumur 33 tahun dan taraf pendidikan SPM. Beliau telah mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan membuat mee basah sejak tahun 2009 hanya dari rumah.

Pada tahun 2012 dia telah membina sebuah kilang membuat mee kering bersebelahan rumahnya dan seterusnya mengusahakan mee kering sehinga sekarang. Ini adalah hasil daripada dorongan kedua ibu bapanya yang menyokong untuk berniaga mee kering.

Ina yang baru berusia 33 tahun telah membuat pinjaman Amanah Ikhtiar untuk mengusahakan semua ini. Kilang memproses mee kering beliau terletak di Kg. Dasar Baru, Kunak. Ina mempelbagaikan mee keringnya dengan menyediakan 3 perisa iaitu mee kering berkolagen, mee kering biasa dan mee kering sayuran.

Produk keluarannya ini bukan sahaja dijual di sekitar Daerah Kunak malah dia telah luaskan edaran mee keringnya ke Daerah Lahad Datu dan Tawau.

Dia telah membuat iklan di laman facebook dan hompege tentang mee kering keluarannya ini. Ina juga menerima tempahan mee kering secara online dan juga melalui pesana ringkas (SMS) dari pelanggan yang gemar akan mee kering keluaran Perniagaan Usahasama Bersaudara.