Jejak Usahawan: Hasri Bin Kasim (Kit Kifayah Enterprise)

31 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama Pengusaha               : Hasri Bin Kasim

Nama Perniagaan               : Kit Kifayah Enterprise

Umur                                 : 27 Tahun

Alamat Perniagaan             : Kampung Lormalong, Kunak Sabah

Perincian Perniagaan        : Menyediakan kit kelengkapan jenazah

Hasri Bin Kasim merupakan anak jati Kg Lormalong. Berumur 25 tahun dan bekerja sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan U11, Unit Forensik Hospital Kunak. Berlatar belakangkan pengajian dakwah di Pusat Latihan Dakwah, Kudat pada 2008 memberi kesedaran kepada beliau betapa pentingnya kit kelengkapan jenazah diadakan di setiap rumah. Namun, menyedari akan kurangnya persiapan tersebut dikalangan penduduk tempatan, beliau mengambil inisiatif untuk menjual kit kelengkapan jenazah tersebut.

Bermula dengan hanya berniaga kecil-kecilan memandangkan beliau juga bekerja sebagai penjawat awam di Hospital Kunak, beliau kini sudah dikenali dikalangan penduduk Kunak sebagai pembekal kit kelengkapan jenazah.

Menamakan perniagaaan sebagai Kit Kifayah Enterprise, perniagaan beliau kini dikenali tidak hanya di Kunak, tetapi kini sudah menembusi pasaran Tawau, Lahad Datu dan Sandakan dengan menggunakan kuasa internet sebagai medium pemasaran. Menyedari akan kuasa internet, beliau yakin Kit Kifayah Enterprise akan dikenali dipelosok sabah. Pendapatan sebelum menggunakan internet kini meningkat sehingga 5 ribu ke atas sebulan selepas memasarkan produk beliau di internet.

Azam beliau ingin memajukan lagi perniagaan kit kelengkapan jenazah sehingga ke seluruh sabah. Dan mungkin suatu hari nanti beliau boleh membekalkan kita kelengkapan tersebut ke pasaran yang lebih luas.