Jejak Usahawan: Rashidah Sahudin (Rashidah Craft)

31 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama Pengusaha               : Rashidah Sahudin

Nama Perniagaan               : Rashidah Craft

Umur                                 : 26 Tahun

Alamat Perniagaan             : Kampung Dasar Lama, Kunak Sabah

Perincian Perniagaan        : Menghasilkan kerongsang yang dibuat sendiri menggunakan kain dan kertas felt, perhiasan cekak rambut dan perhiasan rambut untuk kanak-kanak perempuan.

Hari bersama usahawan ini diadakan untuk mengenalpasti bakat dan kebolehan sepasang adik beradik-beradik yang mempunyai hobi yang berbeza.

Rashidah Sahudin, 26 tahun merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Rashidah yang mempunyai anak seramai 2 orang ini mempunyai hobi membuat kraftangan.  Beliau menghasilkan kerongsang yang dibuat sendiri menggunakan kain dan kertas felt. Selain daripada kerongsang beliau juga menghasilkan perhiasan cekak rambut dan perhiasan rambut untuk kanak-kanak perempuan.

Rashidah juga mempunyai bakat menghasilkan topi perhiasan yang dihasilkan menggunakan surat khabar terpakai.

Staff Pusat Internet 1Malaysia berkongsi tips-tips berniaga online dan menggalakkan beliau mengikuti kursus latihan keusahawanan percuma yang dianjurkan oleh Pi1M untuk mengasah lagi bakat beliau dalam mencari idea-idea baru dalam menghasilkan produk-produk beliau.

Rashidah juga telah mendaftar sebagai ahli Pi1M Kg Lormalong untuk mendapatkan lebih banyak kelebihan dan ilmu dikemudian hari.