Jejak Usahawan: Mohd Qhushairee Ishak (Kucai & Lan Grill)

31 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama Pengusaha               : Mohd Qhushairee Ishak

Nama Perniagaan               : Kucai & Lan Grill

Umur                                 : 29 Tahun

Alamat Perniagaan             : Kg Dasar Baru Kunak Sabah

Perincian Perniagaan        : Western Food Budget & Menyediakan Menu Frozen

Mohd Qhushairee Ishak atau lebih dikenali sebagai Kucai, berumur 29 tahun adalah merupakan anak jati Johor. Kucai telah bermastautin di Kunak Sabah lebih dari 6 tahun kerana menurut tuntutan kerja. Bekerja sebagai Juruteknik Komputer di SK Madai bukan menjadi penghalang untuk Kucai untuk bergiat dalam bidang perniagaan kecil-kecilan.

Minat Kucai adalah memasak. Memiliki bakat memasak adalah satu keistimewaan kepada beliau. Sedar akan hal itu, Kucai mengambil peluang ini untuk menyediakan Western Food Budget dan juga menyediakan Menu Frozen yang mana ianya merupakan resepi asli anak Johor dan Kucai ingin ianya dikenali sebagai resepi turun temurun.

Kucai mengamalkan konsep Pre-Order yang mana beliau mengambil order daripada orang ramai dan akan menghantar terus ke pintu rumah dengan tiada Cas penghantaran.

Menyedari betapa berpengaruhnya internet pada zaman ini, Kucai mempromosikan menu beliau dengan menggunakan media social seperti Facebook dan Whatsapp. Kini, Kucai telah membuka gerai Kucai & Lan Grill di Jalan Hotspring Tawau, dan berazam ingin mengembangkan perniagaan beliau ke daerah-daerah berhampiran seperti Lahad Datu dan Semporna.