Jejak Usahawan: Sudirman Bin Lada (Sudi Motor)

31 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama Pengusaha               : Sudirman Bin Lada

Nama Perniagaan               : Sudi Motor

Umur                                 : 38 Tahun

Alamat Perniagaan             : Simpang 4, Kunak

Perincian Perniagaan        : Bengkel motor

 

Sudirman Bin Lada merupakan pemilik bengkel motor Sudi Motor yang terletak di Simpang 4, Kunak. Pemuda berumur 38 tahun dan sudah berumah tangga ini memiliki pengalaman dalam bidang membaiki motorsikal lebih dari 13 tahun. Sedar akan bakat dan kebolehan itu, Sudirman mengambil keputusan untuk membuka bengkelnya sendiri.

Dengan bantuan pinjaman daripada MARA, Sudirman memulakan bengkelnya dengan menyewa kedai yang berhampiran dengan kediaman beliau. Ini bagi memudahkan Sudirman untuk berulangalik dari rumahnya.

Sedar akan kelebihan dan kepentingan dunia IT zaman ini, Sudirman berazam untuk memajukan bengkel beliau dengan menggunakan kaedah Online pula. Beliau akan mempromosikan perkhidmatan beliau di laman social seperti Facebook dan Whatsapp dan akan menarik lebih ramai pengunjung untuk menggunakan khidmat beliau.