Ekonomi dan Keusahawanan

Dari segi ekonomi, penduduk Kampung Lormalong secara puratanya adalah mengerjakan hasil pertanian iaitu sektor penanaman buah kelapa sawit. Perusahaan ini tidak hanya tertumpu kepada pertanian semata-mata, namun hari ini lebih tertumpu kepada perusahaan/perniagaan sendiri yang mampu menghasilkan produk tempatan seperti perniagaan Mee Kuning, aneka jenis kerepek dan hasil pertanian secara kecil-kecilan. Disamping itu, juga terdapat perusahaan persendirian seperti bengkel membaiki kenderaan, gerai menjual produk tempatan seperti kerepek dan beberapa jenis makanan ringan yang lain.

 

Antara perusahaan makanan/produk tempatan yang terkenal berhampiran Kg. Lormalong adalah perusahaan Mee Kuning yang diusahakan oleh Cik Jarinah Bt Maskul. Perniagaan Mee kering beliau kini lebih dikenali disekitar daerah Kunak dan luar daerah kerana mutu nya yang lebih berkualiti.

 

Selain itu, produk tempatan seperti makanan ringan; kerepek ubi, pisang, ikan juga merupakan produk yang agak popular disekitar PI1M Kg. Lormalong. Antara pengusaha makanan ringan yang terkenal adalah Perusahaan Kamsiah; perusahaan produk makanan ringan tempatan. Produk makanan ringan ini merupakan produk yang agak popular di kalangan penduduk Kunak & kini mendapat sambutan di luar daerah & juga mampu menembusi pasaran hingga ke Semenanjung Malaysia.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.