Felda Bukit Tangga

Sabah

Ke PI1M Lain

Maklumat PI1M Kg. Lormalong

 

Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama NuSuara Technology Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam   pembangunan teknologi ICTsejajar dengan hasrat kerajaan yang selalu diwar-warkan agar masyarakat luar Bandar juga tidak ketinggalan dalam kemajuan serta pembangunan teknologi ICT.

 

Pi1M Kg. Lormalong telah ditubuhkan dan dilengkapi dengan kemudahan komputer berserta internet jalur lebar serta peralatan IT terkini. Dengan adanya Pi1M Kg. Lormalong yang disediakan di kampong ini, penduduk tempatan akan lebih mudah untuk mendapatkan perkhidmatan internet. Selain daripada komputer dan internet, Pi1M juga menyediakan pembelajaran computer dan ICT secara percuma kepada ahli.

 

Objektif penubuhan (Pi1M) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakan sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.

 

Perkhidmatan lain yang disediakan:

* Menaip

* Kelas Computer / Ict (Percuma Untuk Ahli)

* Pra-Bayar Celcom

* Jualan Komputer & Aksesori 

* Baik Pulih Dan Selenggara Komputer   

* Alat Tulis & Kertas

* Sewa Bilik Mesyuarat  

 

Maklumat Komuniti Kampung Lormalong

 

Kampung Lormalong dibuka pada tahun 1968. Kedudukan kampung ini terletak 7 km dari Pekan Kunak dan 83 km dari Bandar Tawau.

 

Para peneroka di Lormalong ini adalah terdiri daripada suku kaum Bajau Kota Belud dan Murut sahaja. Mereka adalah migran dari Pantai Barat Sabah iaitu Tuaran, Kota Belud, Papar, dan Tenom. Peranan merakalah yang mengusahakan perladangan kelapa sawit. Seterusnya menjadi pola masyarakat di kawasan ini. Nama kampung Lormalong berasal dari nama “LOKMALLANG” yang bermaksud ‘LOOK’, nama tempat atau sudut yang dikaitkan dengan ‘MALLANG’ iaitu sejenis bahan organik yang digunakan untuk membuat bom ikan.

 

Kampung Lormalong telah terpilih dalam “Program Desa Cemerlang & Berinovasi“ (PDCB) yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dibawah pimpinan Daruk Seri Panglima Musa Haji Aman melalui Yayasan Sabah. Perlaksanaan ini adalah untuk membuktikan iltizam kerajaan dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat di kawasa desa di seluruh negeri Sabah. Program ini adalah usaha untuk pembangunan desa yang menyeluruh dan seimbang dengan memberikan penekanan kepada pembangunan modal insan secara holistic melalyu pemberdayaan dan pemerkasaan komuniti desa.

 

Kampung Lormalong kini dibawah kepimpinan Ketua Kampung En. Hashim Bin Daud dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung yang disandang oleh En, Arsyad Bin Jahal disamping ahli-ahli jawatankuasa yang lain yang turut memainkan peranan penting dalam kemajuan kampung.

  

Maklumat PI1M & Komuniti Kampung Lormalong


Lokasi

Kampung Lormalong

UST Area

 

Daerah

Kunak

Negeri

Sabah

Populasi

 1000

Aktiviti Ekonomi Utama

Peneroka Ladang Kelapa Sawit

Jumlah Keahlian

(setakat 31 Januari 2017)

1100 orang

Lat/Long PI1M

Lat : 4.702562 | Long : 118.205200

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

1 Jun 2010

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Name: Azizul Bin Karamdin

Email: azizul@celcom1cbc.com

No Telefon: 013-8886532

 

Penolong Pengurus

Nama: Anni Lim

Email: anni@celcom1cbc.com

No Telefon: 019-8070131

Website

http://www.celcom1cbc.com/lormalong

Kampung Tanpa Wayar

1. Kg Lormalong (SuperWiFi@CBC) - PI1M Kg Lormalong

2. SK Lormalong (Pole 12 Meter)

3. Rumah Azizul (Pole 12 Meter) – Rumah En. Azizul Karamdin

4. Kg Dasar Lama (Pole 12 Meter ) – Rumah PJKKK Kg Dasar Lama, En. Sh. Hassan Bin. Sh. Abd Malik

5. Kg Dasar Baru (Pole 12 Meter) – Rumah PJKKK Kg Dasar Baru, En. Basri Bin Tunggul

6. SMK Madai (Pole 12 Meter)

7. SK Madai (Pole 12 Meter)

8. Sabah Sawit Quarters (Pole 12 Meter)

9. Sabah Sawit Office  (Pole 12 Meter) – Surau Kg. Pangkalan Madai

10. Kg Ulu Madai (Pole 12 Meter) – Rumah PJKKK Kg Ulu Madai, En. Mujis @ Robert Solop


2. Tempat-tempat Menarik

Penduduk Kampung Lormalong kebanyakannya adalah peneroka ladang kelapa sawit. Disamping itu, terdapat juga penduduk kampung yang mempunyai perusahaan/perniagaan sendiri seperti menghasilkan aneka jenis kerepek, bengkel membaiki motosikal, perusahaan runcit, gerai minum dan juga kedai gunting rambut.

Kampung Lormalong dilengkapi dengan kemudahan prasarana seperti sekolah rendah, sekolah menengah yang terletak 3KM dari Kampung Lormalong, masjid, Klinik Desa, dewan, gelanggang bola tampar dan gelanggang bola takraw. Kemudahan-kemudahan seperti ini adalah bagi memudahkan penduduk kampung menjalankan aktiviti sukan dan sebagainya.

Hadapi Masalah? Rujuk Panduan