Berita & Aktiviti Terkini

Pertandingan Menaip Terpantas

23 March 2017 | Berita Terkini

  Pada 22.03.2017 Aktiviti Cuti Sekolah kali ini adalah Pertandingan Menaip Terpantas. Aktiviti ini berlangsung di bilik ICT Pi1M Lubok Temiang. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk menilai tahap kepantasan ahli untuk menaip. Selain itu juga mereka sendiri dapat meningkatkan lagi kepantasan mereka apabila menaip. Ini adalah kesan positif yang perlu di pupuk. Aktiviti santai ini menggunakan aplikasi yang ada secara online. Masa diberikan selama 1 minit dan dilihat berapa banyak perkataan yang betul di taip oleh ahli. Sebanyak 5 pusingan yang di berikan, markah di ambil dan jumlah dari markah tertinggi... read more

Gotong Royong Pi1M

18 March 2017 | Berita Terkini

  Pada 11.03.2017 Pi1M Lubok Temiang mengadakan aktiviti gotong-royong bersama ahli Pi1M. Aktiviti ini berjalan selama 2 jam dengan kerjasama semua ahli yang datang pada hari tersebut. Kebersihan dan keselesaan Pi1M adalah keutamaan kami supaya komuniti yang datang gembira dengan suasana yang bersih. Seramai 10 orang ahli yang datang membantu membersihkan Pi1M.   ... read more

Diy Penanda Buku Sempena Cuti Sekolah

18 March 2017 | Berita Terkini

Pada 18.03.2017 Pi1M Lubok Temiang mengadakan pertandingan membuat Penanda Buku secara kreatif. Aktiviti ini berjalan lancar selama 3 jam. Ahli yang datang seramai 15 orang.Pelbagai bentuk yang unik mereka hasilkan. Aktiviti ini menggunakan kertas warna, gam, gunting dan kotak tisu yang tidak digunakan lagi. Sebelum bermula aktiviti, pelajar di berikan penerangan cara membuat penanda buku dan sedikit ceramah mengenai KDB. Kemudian barulah mereka memulakan aktiviti membuat penanda buku. Ahli mula membuat penanda buku melalui tutorial di youtube dan juga google bagi memudahkan kerja mereka.   ... read more

Kisah Kejayaan Adik Mohammad Zulfizan bin Zulkifly

17 March 2017 | Kisah Kejayaan

    Adik Mohammad Zulfizan Bin Zulkifly merupakan anak sulung dari dua orang adik beradik. Adik zulfizan berumur 13 tahun dan bersekolah di SMK Pantai Labuan. Dulunya sebelum menjadi ahli Pi1M Lubok Temiang adik zulfizan tidak suka bergaul dengan kawan-kawan yang datang ke Pi1M dan adik zulfizan lebih suka membuat aktiviti sendiri tanpa di ganggu oleh rakan yang lain. Adik zulfizan mula menunjukkan minat apabila adiknya membawa dia menjadi ahli Pi1M dan mengikuti aktiviti ICT dan program lain yang dianjurkan oleh staff Pi1M.  Dari hari ke hari adik zulfizan mula menerima kawan baru. Malahan... read more

Usahawan Kg.Lubok Teminag Encik Marlon Bin Hj Duraman

17 March 2017 | Profil Usahawan Tempatan

  Encik Marlon merupakan ahli baru Pi1M Lubok Temiang.Beliau mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang masakan. Walaupun beliau mempunyai pekerjaan tetap, tetapi membuat kek dan biskut merupakan hobi yang sangat beliau sukai dan tidak pernah jemu dengan bidang ini. Pelbagai tempahan yang beliau terima antaranya kek untuk Perkahwinan, kek Hari Lahir, dan macam-macam lagi. Beliau pernah di jemput menjadi juri masakan di salah satu majlis bersama komuniti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Lubok Temiang .   Selain itu beliau rajin ke Pi1M untuk menempah Props untuk dekorasi kek beliau kerana... read more

Usahawan Kg. Lubok Temiang Puan Yusnalillah binti Yunus

17 March 2017 | Profil Usahawan Tempatan

      Puan Yusnalillah seorang suri rumah. Beliau mempunyai 6 orang cahaya mata. Beliau membuat kerja sampingan dari rumah dengan mengambil tempahan menjahit baju. Sebelum ini beliau hanya menerima tempahan dari orang terdekat dan juga jiran tetangga. Selepas belajar mengikuti kelas keusahawan beliau cuba kembangkan lagi perniagaannya melalui media sosial iaitu whatsapp dan facebook. Kini tempahan semakin bertambah guru sekolah dan juga penjawat awam juga menghantar baju ke tempat beliau. Selain daripada itu beliau juga belajar menaip, belajar mempromosikan barang dan belajar membuat kad nama sendiri. Beliau sentiasa aktif mengikuti pelbagai program yang... read more

Klik Dengan Bijak bersama Pi1M Lubok Temiang

19 February 2017 | Berita Terkini

Pada 19.02.2017, pihak PI1M Kg. Lubok Temiang telah menganjurkan aktiviti Klik Dengan Bijak bersama komuniti Pi1M. Aktiviti ini melibatkan ahli PI1M Lubok Temiang dan ianya berlangsung pada waktu petang iaitu bermula pada jam 2 dan berakhir pada jam 5 petang. Seramai 15 orang peserta telah mengikuti pertandingan yang diadakan ini. Objektif utama aktiviti ini diadakan ialah untuk memberi maklumat kepada para peserta mengenai kepentingan penggunaan ICT dalam kehidupan seharian dan juga cara menggunakan kemudahan teknologi yang serbah canggih dengan cara yang betul. Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut ialah... read more

Gotong Royong Menghias Pi1M

18 February 2017 | Berita Terkini

  Pada 05 feb 2017 Pi1M Lubok Temiang telah mengadakan aktiviti menghias Pi1M bersama ahli. Tujuan aktiviti ini adalah untuk melahirkan semangat kerjasama antara ahli dan juga menonjolkan kreativiti masing-masing dengan idea yang kreatif untuk mencantikkan pelbagai sudut di dalam pusat internet termasuk ruang tetamu, tandas, dan bilik ICT. Aktiviti santai ini berlangsung dari jam 2 petang sehingga 5 petang. Kerjasama dan sifat tolong menolong jelas menunjukkan mereka sehati dan sejiwa untuk sama-sama berikan yang terbaik. Pihak Pi1M memberikan tugas masing-masing supaya mereka menyelesaikan tugas mereka sendiri.   ... read more

Pertandingan Melukis Sempena Hari Wilayah 2017

13 February 2017 | Berita Terkini

Pada 12.02.2017, pihak PI1M Kg. Lubok Temiang telah menganjurkan pertandingan melukis iaitu bersempena dengan sambutan hari wilayah 2017 yang telah disambut pada awal bulan yang lalu. Aktiviti ini melibatkan ahli PI1M Lubok Temiang dan ianya berlangsung pada waktu petang iaitu bermula pada jam 2 dan berakhir pada jam 5 petang. Seramai 12 orang peserta telah mengikuti pertandingan yang diadakan ini. Objektif utama pertandingan ini diadakan ialah untuk menanamkan semangat patriotik dalam diri para peserta. Selain itu, aktiviti ini juga diharap dapat membentuk minat dan kreativiti para peserta dalam menghasilkan sebuah... read more

Usahawan PI1M Kg. Lubok Temiang (Duan Homestay)

02 February 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Encik reduan merupakan salah seorang daripada usahawan di wilayah persekutuan Labuan yang terlibat dengan perniagaan Homestay. Homestay beliau terletak berhampiran dengan Taman Damai iaitu tempat pelancongan (surrender point). Selain itu, beliau juga membuat perniagaan menjual satay pada hujung minggu. Duan homestay menawarkan perkhidmatan dan fasiliti yang menarik bagi para pengunjung antaranya kelengkapan dapur yang lengkap, bilik tidur berhawa dingin, ruang & kelengkapan solat yang selesa dan lain-lain lagi. Lokasi Duan Homestay juga amat strategik iaitu terletak berhampiran dengan pantai layang-layangan dan Labuan International Golf Club.  Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah... read more

lagi berita & aktiviti