Berita Terkini

Program Kongsi Ilmu bersama Usahawan

23 October 2017 | Berita Terkini

Pada 19 okt 2017 Program Kongsi Ilmu bersama Usahawan telah di buat di Pi1M Kg Lubok Temiang Labuan. Program ini bertujuan untuk pihak pi1m mengetahui latar belakang usahawan dan juga melalui perkongsian ini dapatlah pihak pi1m mencari jalan penyelesaian masalah usahawan dari segi promosi, pembungkusan, logo sendiri (penjenamaan syarikat) dan macam-macam lagi. selain itu pihak pi1m akan memantau dan memberi cadangan untuk memasuki kelas ict bertujuan untuk membantu meningkatkan hasil jualan usahawan melalui media massa. Dengan adanya program ini sedikit sebanyak dapat membantu usahawan lain bagi memupuk semangat untuk majukan diri... read more

DIY Recycling Egg Cartons Craft

23 October 2017 | Berita Terkini

    Pada 07 okt 2017 Aktiviti Diy recyling Egg Cartons Craft telah di buat di Pusat Internet 1 Malaysia. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi galakan kepada peserta agar lebih berfikiran kreatif dengan menggunakan bahan kitar semula. Malahan aktiviti seperti ini dapat memupuk minat keusahawanan dan melahirkan idea kreatif kepada peserta. Selain itu aktiviti ini juga dapat memupuk semangat kerja sama antara semua ahli. Sebelum memulakan aktiviti ini ahli menggunakan google dan youtube untuk mencari cara-cara membuat bunga menggunakan kotak telur, dengan itu mereka lebih mudah buat kerja. Semua peralatan di sediakan oleh... read more

Program Menaip Online

29 September 2017 | Berita Terkini

      Pada 28.09.2017 Program Menaip Online telah diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Lubok Temiang. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih para peserta untuk menaip lebih pantas dengan menggunakan komputer. Dari sini kita dapat melihat para peserta ada yang dapat meningkatkan kemahiran mereka tidak kira peringkat umur. Seramai 10 orang yang mengikuti aktiviti ini hanya 5 orang yang mencapai tahap yang di tetapkan. Aktiviti ini berlangsung selama 2 jam. Setiap seorang bermain sebanyak 5 kali dan setiap pusingan selama 1 minit. Markah yang dikumpul akan di kira untuk mengetahui pemenang. ... read more

Kisah Kejayaan Adik AHMAD BIN JALANI

29 September 2017 | Kisah Kejayaan

            Adik Ahmad merupakan seorang ahli yang aktif dalam mengikuti program pusat internet 1 malaysia kampung lubok temiang. Adik Ahmad anak ke 4 dari 6 orang adik beradik. Adik Ahmad berusia 14tahun dan beliau belajar di SMK Lajau. Dulunya sebelum menjadi ahli Pi1M Lubok Temiang Adik Ahmad datang ke sini untuk membuat tugasan kerja sekolah. Kemudian beliau makin seronok datang ke sini kerana ramai kawan-kawannya datang di sini untuk ulangkaji pelajaran kerana keadaan Pusat Internet yang bersih dan selesa. Adik Ahmad mula menunjukkan minat apabila ramai rakan seumur beliau mendaftar menjadi ahli dan mengikuti aktiviti ict yang... read more

Usahawan Nurhafizah Mardiah Binti Suhut

29 September 2017 | Profil Usahawan Tempatan

  Cik Nurhafizah Mardiah seorang usahawan muda. Berumur 21 tahun. Beliau mempunyai pekerjaan tetap tetapi suka menceburi bidang perniagaan walaupun hanya secara sambilan sahaja. Oleh yang demikian beliau mengambil langkah untuk membuat jualan online bagi menambahkan lagi pendapatan beliau. Beliau seorang yang berjiwa kental. Sentiasa ingin mencuba untuk mendapatkan hasil yang baik. Antara jualan beliau yang terkini adalah menjual telekung yang berkualiti tinggi dengan harga mampu milik. Selain itu barangan elektronik juga beliau ada menjualnya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk beliau boleh lah hubungi beliau di talian 0195825213. ... read more

Usahawan Puan Siti Nurhayati Bt Ismail

29 September 2017 | Profil Usahawan Tempatan

  Puan Siti Nurhayati merupakan seorang suri rumah bekerjaya.Beliau berumur 29 tahun dan sudah berkahwin. Beliau membuat perniagaan online iaitu menjual keperluan kaum wanita seperti produk kesihatan wanita , pakaian wanita, keperluan ibu dan anak. Beliau membuat kerja ini melalui rumah dan menggunakan facebook untuk mempromosikan produk beliau.Beliau gembira menjalankan perniagaan ni kerana mendapat sambutan yang menggalakkan dari komuniti sekitar labuan.Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah berhubung dengan Puan Siti Nurhayati di nombor 0197163634 atau boleh membuat tempahan melalui akau facebook beliau https://www.facebook.com/sitinurhayati.ismail.77   ... read more

Usahawan Puan Siti Rohani

28 September 2017 | Profil Usahawan Tempatan

  Puan Siti Rohani merupakan seorang suri rumah bekerjaya.Beliau berumur 29 tahun dan sudah berkahwin. Beliau membuat perniagaan online iaitu "Homemade CateringDelivery". Menceburi bidang ini selama lebih kurang 6 tahun.Beliau gembira menjalankan perniagaan ni kerana mendapat sambutan yang menggalakkan dari komuniti sekitar labuan. Antara tempahan yang diterima termasuklah Majlis Khawin, Akad Nikah, Kenduri kesyukuran, Bertunang dan macam-macam majlis lagi. Malahan tempahan menggunakan pembungkus makanan (tapau) juga di terima dan akan menghantar ke sekolah, masjid dan pejabat. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah berhubung dengan Puan Siti Rohani di nombor 0135541659/0198014903   ... read more

Klik Dengan Bijak

23 September 2017 | Berita Terkini

  Pada 15.09.2017 Aktiviti Klik Dengan Bijak telah di buat di Pusat Internet 1 Malaysia Lubok Temiang. Aktiviti kali ini adalah ceramah mengenai keselamatan penggunaan internet. Aktiviti pada hari tersebut di khaskan untuk kanak-kanak sekolah rendah. Pengetahuan penggunaan internet secara betul sangat penting untuk mereka ketahui bagi mengelak pekara-pekara atau gejala sosial yang tidak baik di luar sana. Oleh yang demikan kami bertanggung jawab untuk menyampaikan kepada komuniti langkah keselamatan ini tidak kira peringkat umur. Seramai 10 yang mengikuti aktiviti ini. Sesi berjalan selama 2 jam di selitkan juga sesi soal jawab dan bergambar. ... read more

Pertandingan Animation Merdeka

29 August 2017 | Berita Terkini

Pada 25.08.2017 Pusat Internet 1Malaysia Kampung Lubok Temiang telah mengadakan Pertandingan Membuat Animation Merdeka menggunakan Microsoft Power Point. Aktiviti ini berlangsung selama 4 jam di bilik ICT Pi1M. Sebelum memulakan Pertandingan peserta ditunjukkan cara bagaimana menghasilkan animation tersebut kemudian baru lah aktiviti ini dimulakan. Tujuan aktiviti ini di buat adalah untuk memupuk semangat cintakan negara. Malahan aktiviti ini juga membolehkan pihak pengurusan mengetahui tahap kemahiran peserta. ... read more

Aktiviti DIY Kemerdekaan

28 August 2017 | Berita Terkini

Bersempena dengan bulan kemerdekaan ini, Pi1M Lubok Temiang telah mengadakan aktiviti bersama para ahli iaitu menghasilkan sesuatu dengan menggunakan bahan terbuang ataupun aktiviti yang lebih dikenali dengan nama singkatan D.I.Y (Do it yourself). Aktiviti ini telah berlansung pada 28.8.2017 iaitu bersamaan dengan hari ahad yang lalu. Antara objektif aktiviti ini adalah untuk memupuk minda para peserta untuk menghasilkan sesuatu dengan berfikir secara kreatif. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat mengajar mereka untuk lebih menghargai pelbagai bahan terbuang yang ada untuk dihasilkan menjadi sesuatu yang lebih berguna dan bermanfaat kepada... read more