Usahawan Kg. Lubok Temiang Puan Norliah Binti Unkiew@Rosli

09 December 2016 | Berita Terkini

 

 

NAMA P1IM       : KG.LUBOK TEMIANG

LOKASI              : WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

NAMA                 : PUAN. NORLIAH BINTI UNKIEW@ROSLI

BUTIRAN DIRI    : 43 TAHUN, PEREMPUAN, TARAF PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH 

KISAH KEJAYAAN:

Puan Norliah Seorang yang bercita-cita tinggi, beliau sangat kreatif dan mempunyai pemikiran yang terbuka. Orangnya sangat bersemangat dengan adanya Pi1m ini kerana memudahkan beliau untuk meluaskan perniagaanya melalui online. Kemudahan wifi yang diberikan sangat membantu beliau untuk berniaga. Beliau menggunakan kemudahan yang ada untuk mencari idea baru yang lebih kreatif dan tidak di buat oleh orang lain. Yang terbaru beliau menghasilkan Dodol tarap bersama kakaknya. Sambutan sangat menggalakkan cuma bahan utama ini hanya ada ketika musim buah sahaja. Oleh yang demikan penjualannya agak terhad. walaubagaimana pun beliau juga mempunyai pekerjaan sampingan lain dengan menghasilkan kraf tanggan dan sebagainya.

 

 Maklumbalas :

1. Pandangan pertama saya terhadap PI1M masa kini ibu bapa seharusnya tidak ketinggalan dengan dunia teknologi. Tidak perlu malu untuk belajar dan keluar dari kepompong. Banyak kelebihan yang baik boleh kita manfaatkan. Kerana maklumat ada di hujung jari.

2. Selain itu, pelbagai perkhidmatan yang diberikan iaitu penggunaan internet, keahlian hanya Rm5 untuk seumur hidup, & mencetak yang disediakan yang sangat murah berbanding tempat-tempat lain. 

3. Aktiviti bulanan yang dianjurkan juga sangat baik untuk komuniti setempat.