Usahawan Kg. Lubok Temiang Puan Suzi Binti Ahmad

09 December 2016 | Berita Terkini

 

 

NAMA P1IM       : KG.LUBOK TEMIANG

LOKASI              : WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

NAMA                 : PUAN. SUZI BINTI AHMAD

BUTIRAN DIRI    : 31 TAHUN, PEREMPUAN, TARAF PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

KISAH KEJAYAAN:

Puan Suzi adalah seorang ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak.Beliau bekerja sebagai tukang masak di sekolah. Selain itu beliau berhijrah dari sabah ke labuan kerana ingin mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Beliau merupakan seorang wanita yang kuat semangat. Demi anak-anak tercinta. Beliau mendapat berita gembira apabila anaknya yang sulung mendapat 4A 1B UPSR dan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Asrama Penuh.Beliau begitu berterima kasih pada pihak pi1m kerana sedikit sebanyak anaknya juga mendapat ilmu berguna di sini.

Selain bekerja sebagai tukang masak beliau juga membuat perniagan kecil-kecilan seperti membuat rempenyek dan juga kuih tradisional yang lain sebagai pekerjaan sampingan. Hidupnya yang sederhana membuatkan dia terpaksa berkerja lebih untuk besarkan anak-anak beliau. Beliau menjual hasil tersebut di kedai-kedai runcit dan juga mendapat tempahan dari penduduk kampung dan rakan terdekat.

 

 Maklumbalas :

1. Pada pandangan saya Pi1m Sangat bagus untuk komuniti tidak kira kanak-kanak mahupun ibu bapa. Pelbagai manfaat yang boleh kita dapati di sini selain pembelajaran, perkhidmatan lain juga murah dan berpatutan.