Usahawan PI1M Kg. Lubok Temiang (Encik Abubakar)

13 December 2016 | Berita Terkini

Encik Abubakar merupakan seorang usahawan yang menceburi bidang masakan sebagai sumber pendapatan dan perniagaan. Bermula dengan hobi semenjak kecil, memasak akhirnya menjadi suatu kerjaya bagi beliau dan juga sebagai batu loncatan untuk memulakan perniagaan. Pada mulanya, beliau tidak menjangkakan untuk menjadi seorang usahawan, ini kerana minat beliau dalam memasak dianggap sebagai salah satu hobi sahaja. Namun, setelah mendapat  nasihat dan dorongan daripada rakan-rakan beliau cuba untuk memulakan perniagaan iaitu dengan menjual Halo-Halo. Jika di Malaysia terdapat hidangan yang dipanggil ABC iaitu ais batu campur, di negara jiran iaitu filiphina juga turut mempunyai hidangan yang hampir serupa namun ianya dipanggil dengan nama Halo-Halo. Hidangan ini antara makanan kegemaran beliau sewaktu kecil kerana beliau dibesarkan di negara filiphina. Untuk merasai sendiri keunikan rasa Halo-Halo, anda bolehlah mengunjungi Facebook milik beliau iaitu Abubakar Abdulajid Mission untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.