Usahawan PI1M Kg. Lubok Temiang (Puan Dianah)

13 December 2016 | Berita Terkini

Puan Dianah merupakan seorang usahawan yang melibatkan diri dalam bidang penjualan kuih muih tradisional. Minat untuk bergelar seorang usahawan memang telah lama wujud sejak dari kecil. Ini kerana, beliau amat meminati bidang masakan khususnya dalam pembuatan kuih muih. Dengan sokongan daripada keluarga dan juga rakan-rakan, puan Dianah menceburi bidang ini dengan hanya menjual kuih kepada rakan-rakan sahaja. Namun, setelah lama kelamaan perniagaan tersebut dilihat menampakkan hasil yang positif. Ini kerana, permintaan yang tinggi daripada para pelanggan untuk merasai kuih hasil buatan beliau sendiri. Antara kuih muih yang dijual ialah kuih putu bambu dan putu piring. Selain itu,terdapat pelbagai lagi jenis kuih muih yang turut dijual. Bagi mereka yang ingin mencuba dan merasai kuih muih hasil buatan beliau bolehlah menghubungi nombor berikut 0168173123(Puan Dianah)  & 01112726504 (Kak Jue) untuk membuat sebarang tempahan.